Assalamualaikum dan salam jumaat, apa khabar semua?
Abang terpanggil untuk menulis tentang AKIDAH PARA AHLI KHODAM yakni bagaimana iktikad akidah para pengamal ilmu khodam jin maupun khodam malaikat. Ada yang kata ilmu melibatkan khodam ni syirik, betul ke syirik? Anda pasti dan yakin 100%? Jika syirik mengapa banyak ilmu warisan dari para alim ulamak yang berunsurkan khodam? Siap ada 1 kitab hikmah yang dikarang oleh seorang ulamak yang bertajuk "PERMATA YANG BERKILAUAN DALAM MENGHADIRKAN RAJA JIN MUSLIM" dan kitab itu ada di dalam simpanan abang sekarang. Abang menerima ijazah kitabnya dari salah satu guru abang. Bukan kitab itu saja bahkan berpuluh lagi kitab ilmu hikmah yang dikarang oleh para ulamak dan para waliyullah yang berunsurkan khodam malaikat dan khodam jin muslim. Abang juga memiliki sebuah ilmu khodam milik seorang pengasas sebuah tareqat dan beliau berstatus waliyullah, takkan pengasas tareqat nak amal ilmu syirik pula kan? Sedar dan bangkitlah dari tidur anda, luaskan pemikiran anda yang sempit itu dan belajarlah menerima keluasan ilmu yang pelbagai. Macam abang bagitahu pada murid abang faizal, sangat sayang sekali jika kita tidak mempelajari ilmu hikmah kerana tujuan asal penciptaan ilmu memang KHUSUS UNTUK KEGUNAAN MANUSIA dan ilmu-ilmu sebegini merupakan "JALAN SHORTCUT" untuk kita menjayakan sesuatu hajat dunia. Bukan kita malas dan tak berusaha.. kita juga berusaha cuma dengan cara yang berbeza sikit dari orang lain. Anda bekerja dan dalam masa yang sama anda juga mengamalkan keilmuan nah itu dikira anda sudah berusaha secara lahiriyah dan batiniyah. Contohnya dulu abang bekerja makan gaji dengan satu company tapi kewangan masih tak cukup lalu pada waktu malam abang buat kerja sampingan iaitu menjual burger tetapi tetap juga tak mencukupi. Sehingga pada waktu abang sedang bertapa, abang merenung sedalam-dalamnya.. "Hanya usaha dunia aku kejarkan sedangkan dunia tidak akan mencukupi diriku kerana hanya ALLAH yang mempunyai sifat MAHA MENCUKUPI." Selepas itu, abang dah tak jual burger pada waktu malam tetapi abang gantikan masa tersebut dengan mengamalkan beberapa ilmu hikmah yang bersifat kerezekian dan keduniaan. Alhamdulillah hasil yang sangat memuaskan bila kita kembali bergantung dan bermohon kepada Allah. Khodam jin maupun malaikat hanyalah perantara namun yang mengizinkan ialah ALLAH SWT. Khodam memang diciptakan untuk menjaga sesebuah ayat dan ilmu, bila kita terus mengamalkan ilmunya maka khodam tersebut akan terus mendampingi dan membantu hajat kita. Ayat juga bergantung kepada aliran yang anda pelajari, jika anda pelajari aliran hitam maka khodam ilmu hitamlah yang akan mendampingi anda tetapi jika anda mengamalkan aliran putih suci bersih maka khodam muslimlah yang akan mendampingi anda. Segala ilmu yang abang tawarkan di blog ini semuanya bersifat aliran putih yang dijamin tidak akan menyusahkan urusan sakaratul maut anda dan takkan ada efek sampingan yang membahayakan.
Tetapi bagaimanakah akidah kita ketika mengamalkan ilmu berkhodam? Disini abang kupaskan.. abang hanya berikan contoh untuk menjawab soalan anda. Contoh, rumah anda dirompak dan anda report kepada polis untuk mengesan dan menangkap perompak tersebut. Kenapa tak mohon terus kepada Allah tangkap perompak tu? Kenapa perlu report pada polis? Adakah polis itu LEBIH BERKUASA DARI ALLAH? Jika begini akidah harian anda maka setiap hari anda MEMBUAT SYIRIK KEPADA ALLAH. Konsepnya sama juga dengan keilmuan berkhodam yakni anda meminta pertolongan khodam namun jika anda menganggap khodam itu lebih berkuasa dari ALLAH MAKA JATUH SYIRIK. Jadi bagaimana? Hakikatnya yang sebenar adalah usaha anda meminta pertolongan makhluk hanyalah sebagai asbab dan wasilah sahaja namun yang mengizinkan TETAP ALLAH SWT. Tak kiralah anda meminta pertolongan manusia ke jin ke malaikat ke haiwan ke konsepnya tetap sama, HANYA ALLAH SWT. Abang menulis tentang ini kerana abang bertanggungjawab mendidik murid-murid abang yang belajar di blog MGT agar tidak terkeluar dari landasan sebenar.
ADA DALIL KE ABANG MEGAT HUKUM MEMAKAI KHIDMAT KHODAM NI?
YA ADA, ANDA BOLEH RUJUK KITAB AL-IQNA' DALAM BAB MUNAKAHAT, HUKUM BERKHODAM ADALAH HARUS.
Itu saja bebelan abang hari ini dan maaf jika ayat abang agak berterabur sebab tak cukup tidur ni huhu. Ilmu apa pula yang akan keluar dalam masa terdekat? Nantikan saja dan teruslah menyemak blog abang. Ilmu yang abang pelajari terbahagi kepada beberapa pecahan :
1. Ilmu Wushul yakni ilmu untuk mujarabkan sebuah ilmu
2. Ilmu Khodamul Jin
3. Ilmu Khodamul Malak
4. Ilmu Hakikat yakni ilmu tentang rahsia mengenal diri sendiri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ilmu Hakikat bukanlah khusus untuk kesaktian namun ianya semata-mata untuk kembali kepada "Sang Sejati" dan agar sampai kepada maqom ketenangan. Banyak kupasan tentang ilmu hakikat ni in sha Allah abang akan keluarkan. Ilmu kategori ini banyak diamalkan oleh sang pertapa dan para waliyullah.
5. Ilmu Pawang yakni agar menjadi tukang perubatan yang unggul dan boleh membantu masyarakat dalam urusan apapun
6. rahsia
7. rahsia
NANTIKAN SAJA KEJUTAN DEMI KEJUTAN DI BLOG MGT. PERBENDAHARAAN ILMU DI PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU TIDAK AKAN TANDUS MALAH AKAN TERUS MEKAR DAN MEGAH DALAM ARENA SPIRITUAL.
Alhamdulillah.terbaik bang megat atas tulisannya.jika x dijelaskan, takut ramai yg terbabas.
ReplyDeleteTerbaik tuan......ilmu asas yg sgt penting
ReplyDeleteAlhamdulillah .terimakaseh guru
ReplyDeleteTerbaik abg Megat diatas penjelasannya
ReplyDelete