MARHABAN YA RASULULLAH

 


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL KEPADA SELURUH PENGUNJUNG SETIA MGT. SEMOGA KITA DAPAT BERADA DI SISI RASULULLAH SAW DI AKHIRAT KELAK. AMIN

AKAN DATANG



IN SHA ALLAH TIDAK LAMA LAGI, 1 LAGI KEILMUAN AKAN DIKELUARKAN DI PUSAT ILMU MEGAT GUNUNG TEBU. SEBUAH ILMU SEMULAJADI YANG MENDATANGKAN TUAH DAN AKAN MELAHIRKAN AHLI HIKMAH YANG SERBA BOLEH. 1 ILMU, 1000 SOLUSI. NANTIKAN.. 

KALIMAT NAGA PUTEH HYPER RARE!

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Abang mengeluarkan sebuah keilmuan NAGA dari khazanah nusantara yang abang perolehi ketika merantau dulu yakni KALIMAT NAGA PUTEH. Naga menjadi lambang "KEKUASAAN, KEAGUNGAN DAN PENAKLUKAN" bagi pelbagai kerajaan dan kesultanan di nusantara sejak ribuan tahun lamanya. Antara yang terawal memakai lambang naga ialah KERAJAAN MERONG MAHAWANGSA diwarisi sehingga ke kesultanan perak sekarang yang mana alat kebesaran sultan perak adalah cincin yang mempunyai simbol "NAGA MELILIT". Di alam bunian juga sama, naga menjadi kebanggaan dan pasukan terkuat mereka dalam menghadapi sebarang ancaman. Naga juga menjadi kegilaan ramai customer sejak abang berniaga secara offline lagi hingga membuka blog MGT baik geliganya, jemalanya, pengisian khodamnya memang LAKU KERAS DAN PALING CEPAT SOLD OUT

Mengapa? Kerana naga mempunyai keistimewaan MULTIFUNGSI dalam pelbagai hal dan hajat. Bahasa mudahnya, 

KHODAM NAGA MEMPUNYAI "8P" PADA DIRI MEREKA: 

1. PENJAGA DAN PERANG

2. PENGASIHAN DAN PENGGERUN

3. PERUBATAN DAN PEMAGARAN

4. PENGARUH KEKUASAAN DAN PENARIK KEBERUNTUNGAN

Oleh yang demikian, abang berbesar hati untuk mengajar sebuah keilmuan yang dapat menghadirkan dan menundukkan KHODAM NAGA PUTEH agar menjadi "pembantu pribadi" anda di dalam apa jua urusan. Sebelum ini abang hanya maharkan geliganya dan isiannya sahaja tetapi kali ini abang mengajar keilmuannya terus kepada anda. Antara geliga dan ilmu mana lebih bagus bang? SUDAH PASTI ILMU KERANA ILMU ADALAH INDUK BAGI SEGALANYA. Segala kelebihan dan faedah yang terkandung di dalam geliga maupun pil isian khodam naga putih yang abang sediakan sebelum ini, semuanya terkandung lengkap di dalam ilmu KALIMAT NAGA PUTEH. Bagi yang belum mengetahui tentangnya, anda boleh semak link di bawah:

1. GELIGA JEMALA NAGA PUTIH

2. GELIGA JEMALA NAGA HITAM

Ilmu ini akan menghadirkan seekor khodam naga puteh yang sangat besar dan gagah perkasa. Ukuran saiz tubuhnya lebih kurang sebesar balak 2 pemeluk, seluruh tubuhnya berwarna puteh dan indah. Naga puteh ini sangat setia, patuh dan tunduk kepada pengamalnya serta akan sentiasa mendampingi pengamal ke mana saja. Bagi anda yang ada kawan atau kenalan yang kasyaf, cuba suruh mereka scan dan PASTI MEREKA AKAN MENYAKSIKAN SEEKOR NAGA PUTEH RAKSASA BERLEGAR-LEGAR DI ATAS ANDA. Abang menceritakan berdasarkan pengalaman abang sendiri ketika "mengulik" keilmuan ini. Adakah aura ilmu ini panas? Tidak sama sekali, ianya bukan seperti aura ilmu harimau yang agak panas tetapi auranya sangat dingin dan sesuai untuk semua golongan bangsa dan agama. Baik untuk peniaga, pekerja, penguatkuasa, atau ahli politik. Abang pernah menurunkan keilmuan ini kepada seorang ahli politik untuk menjaga kedudukannya dan pelindung dari khianat musuh, beliau kini menjadi ketua cawangan di dalam sebuah parti. 

Oh ya, ramai yang sangka bahawa menguasai khodam naga puteh ini rumitkan? Sebab ada yang bagitau abang kena bertapa la berpuasa la tapi tidak di PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU, abang hidangkan untuk anda sebuah ilmu naga yang tidak memerlukan riyadhoh yang berat namun KEKUATANNYA TETAP AMPUH DAN EFEKTIF kerana abang tahu bukan semua orang ada masa untuk beramal dalam jangka masa yang lama. Kalimat Naga Puteh ini hanya perlu diamalkan selama 3 malam sahaja dan hanya memakan masa sekitar 10 minit SAHAJA! Kalimatnya juga sangat-sangat pendek, abang yakin anda mampu menghafalnya dalam waktu 20 saat. Anda juga dikehendaki menyediakan segelas air kosong ketika mewiridkan kalimat ilmu ini sambil merenung ke dalam air tersebut dan anda akan MENYAKSIKAN WAJAH NAGA PUTIH di permukaan air. Anda akan menyaksikan sama ada wajahnya atau tubuhnya secara menyeluruh, setelah selesai wirid lalu tiupkan pada air dan minumlah sampai habis. 

ANTARA PENGALAMAN YANG AKAN ANDA ALAMI KETIKA MENGAMALKAN KALIMAT NAGA PUTEH: 

1. SUASANA DI DALAM BILIK AKAN BERANGIN DAN DINGIN TERMASUK TUBUH ANDA

2. ANDA AKAN MENDENGAR BUNYI SEPERTI ADA BENDA JATUH (JANGAN TAKUT ITU HANYA SIGNAL DARI KHODAM YANG BELIAU TELAH HADIR)

3. TELINGA ANDA AKAN MENDENGAR BUNYI SUARA NGAUMAN SEPERTI GURUH 

Setelah selesai riyadhoh 3 hari berturut-turut maka khodam naga puteh akan sentiasa bersiap sedia untuk menjalankan segala perintah yang anda mahukan. 

DAN ANTARA TANDA-TANDA ANDA BERJAYA MENGUASAI KHODAM NAGA PUTEH INI SELEPAS SELESAI RIYADHOH 3 HARI TERSEBUT IALAH:

1. TUBUH ANDA AKAN SENTIASA MERASAKAN HAWA DINGIN MESKIPUN BERADA DI SIANG HARI ATAU DI TEMPAT YANG PANAS

2. ANDA AKAN BERMIMPI BERTEMU NAGA PUTEH RAKSASA MELINGKARI TUBUH ANDA ATAU KEPALANYA TUNDUK DI HADAPAN ANDA

3. ANDA AKAN SERING MENDENGAR BUNYI NGAUMAN DI SAAT SENDIRIAN DAN WALAU BERADA DI DALAM KELOMPOK ORANG RAMAI SEKALIPUN, BUNYINYA KADANG AGAK SLOW TETAPI JELAS

Demikianlah serba sedikit keterangan tentang "biodata" si naga puteh ini. Masih banyak lagi perkara aneh yang akan anda alami tetapi biarlah anda merasakannya sendiri. 

KALIMAT NAGA PUTEH INI BERKELEBIHAN SEBAGAI: 

1. DAYA PENAKLUKAN DAN PENJAGA KEDUDUKAN DARI DIJATUHKAN OLEH SESIAPA

2. KEWIBAWAAN DAN KHARISMA SEPERTI MANA KAGUM DAN TAKJUBNYA SESEORANG MELIHAT WUJUD SEEKOR NAGA PUTEH

3. HIKMAT MATA NAGA (MATA BATIN ANDA AKAN BERKEMBAR DENGAN MATA NAGA YANG MEMBUATKAN INDRA KEENAM ANDA AKAN SEMAKIN TAJAM DAN MEMBUKA HIJAB)

4. MENDENGAR BISIKAN HALUS DI TELINGA JIKA ADA SESUATU YANG BAKAL BERLAKU 

5. HIKMAT SISIK NAGA YAKNI TUBUH ANDA AKAN DILINDUNGI DENGAN WASILAH SISIK NAGA PUTEH DARI SEBARANG SERANGAN ZAHIR DAN SERANGAN BATIN SEPERTI SIHIR DAN SANTAU 

6. PUKULAN DAN CAKARAN NAGA PUTIH KETIKA DIANCAM

7. ANDA AKAN MEMPUNYAI KEKUATAN TENAGA DALAM NAGA PUTEH YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK PELBAGAI TUJUAN SEPERTI MERAWATI SIHIR, MEMAGAR KAWASAN, MEMAGAR SESEORANG DAN SEBAGAINYA

8. PENUMBAL AUTOMATIK BAGI YANG BERNIAT JAHAT DAN CUBA MELAKUKAN PERKARA BURUK KE ATAS DIRI ANDA 

9. PENARIK TUAH DAN KEREZEKIAN DERAS (DIBACA 21X BESERTA NIAT SEBELUM BEKERJA)

10. NAGA PUTEH INI JUGA MAMPU MEMBANTU PENGAMAL UNTUK MELARISKAN KEDAI YANG SUNYI DAN HARMONIKAN KEDAI YANG SURAM

11. SENTIASA MEMENANGI SEGALA URUSAN BAIK DI DALAM PERDEBATAN, PEREBUTAN DAN PELBAGAI HAL YANG BERKAITAN DENGAN "PERTANDINGAN"

12. MENGHADIRKAN KHODAM NAGA PUTEH MELALUI BIASAN PETIR DI LANGIT PADA WAKTU MALAM (WAKTU SIANG PUN BOLEH TETAPI KURANG JELAS KERANA CAHAYA MATAHARI)

SERTA BANYAK LAGI KEAHLIAN NAGA PUTEH DI DALAM URUSAN MULTIFUNGSI SELAGI ANDA ISTIQOMAH MENGAMALKAN KALIMATNYA. ABANG LEBIH SUKA MENGAJARKAN ILMU YANG MULTIFUNGSI KERANA IANYA LEBIH MENGUNTUNGKAN ANDA SEBAGAI PEMAHAR KEILMUAN, SATU ILMU NAMUN TERSIRAT SEGUDANG RAHSIA. 

Sesi pengijazahan KALIMAT NAGA PUTEH ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan "menjabatkan" Naga Puteh ini melalui solat hajat dan "akad batin" khusus ke atas nama anda. Setelah itu, pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. Semoga dengan keberkatan hari ARAFAH, ilmu ini menjadi semakin berkat dan bermanfaat untuk diri anda.  


MAHAR KALIMAT NAGA PUTEH:

SEBANYAK RM 251 SAHAJA 


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI

CINCIN BAGINDA SULAIMAN



Assalamualaikum wbt dan salam bahagia, 

Mungkin ramai yang menyangka posting kali ni abang nak jual cincin kan? Jawapannya SALAH, abang telah isytihar bahawa blog MGT akan menjadi sebuah pusat ilmu sepenuh masa. CINCIN BAGINDA SULAIMAN adalah nama sebuah ilmu yang mempunyai kaitan dengan CINCIN COP MOHOR NABI SULAIMAN AS yang abang warisi suatu ketika dahulu. Guru abang berkata "AKU TENGOK RAMAI ORANG PAKAI CINCIN WAFAK SULAIMAN TAPI WAFAKNYA MATI DAN TAK ADA KHASIAT PUN. KALAULAH MEREKA TAHU KUNCI COP MOHOR SULAIMAN NI, TAK PAYAH PAKAI CINCIN TU PUN TAK APA, KELEBIHANNYA DAH SIAP DALAM DADA. NAH SALIN AYAT NI" 

Cincin cop mohor sulaiman juga dikenali sebagai KHOTIM NABI SULAIMAN AS iaitu cincin yang menjadi alat kebesaran utama Nabi Sulaiman AS ketika memerintah seperti untuk stamping surat kerajaan dan lambang kemegahan kerajaan beliau. Cincin tersebut terdapat TUJUH SIMBOL RAHSIA yang mengandungi 1001 asror di dalamnya. Khotim Sulaiman inilah yang menjadi "kunci utama" Nabi Sulaiman AS berjaya menubuhkan kerajaan yang hebat dan tak mampu ditandingi oleh kerajaan manapun di zaman itu. Abang rasa hampir semua orang sudah tahu kehebatan cincin Nabi Sulaiman tapi abang tetap mahu menghuraikannya agar bakal pemahar keilmuan mendapat kefahaman yang cukup. 

Bagaimanakah rupa simbol yang tertera di Cincin Nabi Sulaiman? Lihat gambar dibawah   


Mengapa 7 simbol ini sangat keramat? Kerana 7 simbol ini mengandungi kekuatan ILAHIYAH dan rahsia puji-pujian kepada Allah SWT yang membuatkan sekalian makhluk gementar dan tunduk kepada Nabi Sulaiman AS. 7 simbol di atas mempunyai pelbagai gelaran yang dinamakan oleh para ahli ilmu seperti BINTANG TUJUH, AL-ASYKAL SAB'AH, KHOTAMAN SULAIMAN dan BINTANG DAUD. Nabi Sulaiman AS memperolehi pelbagai mukjizat dan kesaktian daripada wasilah 7 simbol yang tertera pada cincin beliau seperti: 

1. MAMPU MENAKLUKKAN JIN DAN MEMERINTAHNYA 

2. MAMPU MENUNDUKKAN HAIWAN DI LAUT DAN DARAT SERTA MEMERINTAH MEREKA 

3. MAMPU MENAKLUKKAN UNSUR ALAM SEPERTI ANGIN DAN KILAT SERTA MAMPU MEMERINTAHNYA 

Hal tersebutlah yang menyebabkan beliau sangat-sangat menyayangi dan menjaga cincinnya dengan rapi. Betapa dahsyatnya kekuatan cincin ini sehingga dapat menundukkan sekalian raja-raja jin yang sakti bahkan iblis pun tunduk kepada beliau. Walhasil, Nabi Sulaiman AS mempunyai kerajaan yang megah, gagah dan perkasa yang terdiri dari bangsa manusia, bangsa jin, bangsa haiwan dan unsur alam yang sentiasa siap sedia untuk menuruti perintah beliau. 

Khotim Nabi Sulaiman memang menjadi kegilaan para ahli kebatinan baik di nusantara sehingga ke tanah arab. Ramai yang mengabadikan khotim ini sebagai logo perguruan mereka, perhiasan di rumah mereka, perhiasan di kedai-kedai mereka dan menjadikannya sebagai wafak azimat di dalam kehidupan untuk pelbagai tujuan seperti perlindungan, pelaris dagang, kesaktian dan sebagainya. 

Riwayat tentang kehebatan Khotim Nabi Sulaiman ini sudah abang ketahui sejak dari dulu lagi dari mulut para guru dan membuatkan abang berazam kuat untuk mencari rahsia khotim tersebut. Abang memulakan langkah dengan merantau di setiap daerah dan negeri untuk mencari guru yang mampu membuka dan mengupas rahsianya. Abang mendapat pelbagai amalan tentang Khotim Nabi Sulaiman seperti Hizib Nabi Sulaiman, Doa Nabi Sulaiman dan lain-lain yang memerlukan amalan puasa dan beberapa riyadhoh berat tetapi ianya tetap belum memuaskan hati abang kerana firasat hati abang mengatakan "kau kena cari lagi, ada lagi ni yang kau tak jumpa". Oleh yang demikian, abang meneruskan lagi langkah pencarian sehingga abang bertemu dengan seorang guru yang mempunyai ilmu yang abang idam-idamkan selama ini.

Abang juga menunjukkan kepadanya segala ilmu yang abang dapatkan sebelum ini dan beliau mengatakan "OH ILMU YANG KAU DAPAT NI MEMANG ILMU NABI SULAIMAN TETAPI BUKAN ILMU INDUK CINCIN KHOTIM NABI SULAIMAN LAGI". Bermula dari pertemuan itulah abang diajarkan sebuah ilmu yang bernama CINCIN BAGINDA SULAIMAN yang sangat AMPUH DAN DAHSYAT. Ilmu ini bersanad jelas dari seorang WALIYULLAH yang berasal dari Tanah Arab dan datang ke nusantara untuk meluaskan dakwah islam dan waliyullah tersebut pernah menurunkan ilmu ini kepada seorang sultan di nusantara yang diangkat menjadi muridnya. Ilmu ini boleh dikatakan sebuah ilmu yang hampir pupus kerana sangat sedikit orang yang masih mewarisinya di zaman sekarang. Cincin Baginda Sulaiman merupakan ilmu yang mengambil BAROKAH & KAROMAH KHOTIM NABI SULAIMAN dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan dan hajat keduniaan. 

Pengalaman abang mengamalkan dan menggunakan ilmu ini sangat banyak. ANTARANYA ADALAH : 

1. ABANG SERING MEMBACANYA KETIKA INGIN MEMERINTAH KHODAM YANG ABANG MILIKI KERANA ABANG DAPATI SEKALIAN MAKHLUK GHAIB SANGAT AKUR DENGAN KEKUATAN ILMU INI 

2. ABANG SERING MENGGUNAKANNYA KETIKA MENGHADAPI KES SIHIR YANG BERAT  

3. ABANG SELALU MEMBACANYA SEWAKTU MELARISKAN SESEBUAH KEDAI DAN MEMBANTU PESAKIT YANG MENGALAMI MASALAH KEWANGAN KERANA TENAGA KEILMUAN INI JUGA SANGAT AMPUH DALAM MENARIK KEREZEKIAN  

Adapun bacaan Cincin Baginda Sulaiman ini hanya terdiri 3 ISIM PENDEK SAHAJA yang senang dihafal dan mudah untuk dizikirkan. 3 isim pendek ini adalah kunci untuk menguasai KAROMAH KHOTIM NABI SULAIMAN dan perlu diamalkan selama 3 malam berturut-turut sahaja. Abang juga akan bekalkan anda dengan 1 ayat Al-Quran yang perlu dibaca 1x sebelum mengamalkannya, yang mana ayat Al-Quran ini pula bertindak sebagai PEMBUKA ASROR dan PENYEMPURNA KEILMUANWalaupun kaedah amalan keilmuan ini agak simple namun janganlah anda memandang rendah kepadanya, abang telah melakukan "ujikaji" dari segi keampuhannya dan hasilnya terbukti Cincin Baginda Sulaiman menjadi JUARA. Dengan memiliki keilmuan ini juga, secara tidak langsung anda sudah tidak perlu lagi memakai cincin wafak sulaiman atau menyimpan khotimnya di rumah kerana tenaga karomahnya sudah siap berada di dalam diri anda. 

ILMU INI TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG UNSUR KHODAM, KEKUATANNYA MURNI DAN MUTLAK DATANG LANGSUNG DARI ALLAH SWT 

CINCIN BAGINDA SULAIMAN MEMPUNYAI SEGUDANG KAROMAH DAN KEISTIMEWAAN, DI ANTARANYA ADALAH: 

1. KEMEGAHAN DAN KEWIBAWAAN YANG DAHSYAT LAGAK SEORANG RAJA

2. PENGAMAL AKAN SENTIASA DIKURNIAKAN KEMENANGAN DALAM PELBAGAI HAL

3. DAYA PENGASIHAN YANG SANGAT KUAT DI MATA MAKHLUK DAN MELEMBUTKAN HATI SESEORANG 

4. PENGGERUN DAN MENUNDUKKAN MAKHLUK HALUS TERMASUK KHODAM YANG DIMILIKI PENGAMAL. WALAUPUN ILMU INI TIDAK ADA KHODAM NAMUN IANYA MAMPU MENUNDUKKAN SEHINGGA KHODAM AKAN SEMAKIN PATUH DAN MENJALANKAN PERINTAH DENGAN CEPAT 

5. MENARIK KEBERUNTUNGAN DAN KEKAYAAN KEPADA PENGAMAL 

6. MELARISKAN PERNIAGAAN YANG DIUSAHAKAN DAN MAMPU MEMBANTU MERAWAT KEDAI YANG SEPI

7. MENJAGA PANGKAT DAN KEDUDUKAN PENGAMAL SERTA MENINGKATKANNYA 

8. BENTENG DARI KEJAHATAN MAKHLUK DAN SESUATU YANG TIDAK DIINGINKAN OLEH PENGAMAL (CONTOH PERKARA YANG TAK DIINGINI ADALAH SEPERTI PENGAMAL TAK SUKA MELALUI ROADBLOCK MAKA IN SHA ALLAH PENGAMAL TIDAK AKAN BERTEMU ROADBLOCK SEPANJANG PERJALANANNYA)

9. KEAMANAN DAN KEMAKMURAN HIDUP 

10. PENGAMAL MAMPU MENGALAHKAN MUSUHNYA 

11. MENGUBATI SIHIR DAN GANGGUAN YANG BERAT SERTA MAMPU MENGEMBALIKANNYA KEPADA PENGIRIM 

12. NEUTRALKAN SESEBUAH KAWASAN YANG BERPENUNGGU DAN MENGHANCURKAN BARANG SIHIR YANG DITANAM (ANDA HANYA PERLU MENZIKIRKAN KEILMUAN INI DI KAWASAN TERSEBUT BESERTA NIAT)

13. PENGAMAL MAMPU MEMANFAATKAN UNSUR ALAM SEPERTI MENGHADIRKAN ANGIN, MENGHADIRKAN GURUH, MENGHADIRKAN AWAN MENDUNG DAN SEBAGAINYA

14. PENGAMAL JUGA MAMPU MENGAKTIFKAN DAN MENGUATKAN KAROMAH KHOTIM SULAIMAN YANG BERADA DI SESEBUAH BENDA SEPERTI CINCIN WAFAK SULAIMAN, FRAME KHOTIM SULAIMAN, RAJAH WAFAK SULAIMAN DAN APA SAJA YANG ADA TERTULISNYA KHOTIM SULAIMAN SEPERTI GAMBAR DI ATAS

15. MENUNDUKKAN BINATANG BUAS DAN MENJINAKKAN BINATANG   

16. PENUMBAL AUTOMATIK KEPADA MAKLHUK BAIK MANUSIA, HAIWAN MAHUPUN JIN YANG BERNIAT JAHAT KE ATAS PENGAMAL

17. PENGAMAL AKAN DIBUKAKAN DENGAN PELBAGAI RAHSIA-RAHSIA ALAM GHOIB 

18. KEBERKAHAN KHOTIM NABI SULAIMAN AS AKAN SENTIASA MENGIRINGI PENGAMAL 

SERTA AKAN MENDAPAT PELBAGAI LAGI "KAROMAH RAHSIA" YANG TERKANDUNG DI DALAM KHOTIM NABI SULAIMAN AS


Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan mengijazahkannya dengan mengirim ASROR KHOTIM SULAIMAN kepada anda dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. Kepada bakal pelajar ilmu ini, anda perlu bersabar menunggu waktu pengijazahannya dilakukan kerana abang perlu melakukan 1 riyadhoh khusus sebelum mengirim ASROR KHOTIM tersebut kepada anda. Abang juga menyarankan anda mendirikan solat istikharah sebelum mempelajari keilmuan ini jika masih ada keraguan di hati kerana ABANG TIDAK SUKA MENGAJAR ORANG YANG WAS-WAS. 


MAHAR CINCIN BAGINDA SULAIMAN:

SEBANYAK RM 237

  SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI

 

   

KALIMAT MEGAT GUNUNG TEBU

 


KALIMAT MEGAT GUNUNG TEBU

Assalamualaikum wbt dan salam bahagia buat semua, 

Abang menulis posting keilmuan kali ini dengan penuh semangat dan kecintaan kerana ilmu yang akan diajarkan kali ini ialah KALIMAT MEGAT GUNUNG TEBU. Ya nama abang sendiri, kenapa? Abang mendapat perkenan/keizinan dari guru abang kerana ABANG SATU-SATUNYA YANG BERJAYA MENGUASAINYA ALHAMDULILLAH lalu beliau mengatakan "NAMAKAN ILMU INI DENGAN GELARAN KAU, JADIKAN SEBAGAI PEGANGAN KAU". Menamakan sesebuah ilmu bukan suatu perkara yang dibuat sambil lewa, roh ilmu tersebut akan memberi "isyaroh" kepada guru atau pengamalnya. 

Abang menggunakan nama "Megat" semenjak abang bermula merantau mencari ilmu dan nama tersebut diberikan oleh guru abang yang pertama di dalam ilmu kebatinan. Megat Gunung Tebu pula dikenali sejak abang menjadi "orang tengah" kepada Kerajaan Gunung Tebu jika ada sebarang urusan dengan mereka. Abang mengabadikan nama itu di dalam dunia kebatinan dan spiritual dari dulu hingga sekarang, abang setia dengan nama tersebut kerana terlalu banyak kenangan pahit dan manis abang yang tersirat di dalamnya. Pada awalnya nama abang hanya dikenali secara offline di dalam urusan spiritual baik keilmuan, rawatan dan urusan spiritual yang "sulit" tetapi dengan jasa Tok Mat Gb, beliau memberi abang laluan untuk abang meneruskan perjuangan kebatinan secara online. Semoga Allah membalas jasa beliau berlipat-lipat kali ganda hendaknya. Blog ini ditubuhkan sebenarnya untuk pemaharan geliga-geliga alam ghaib sahaja tetapi setelah amati dan melihat banyak pengunjung di blog ini yang dahagakan ilmu maka abang terus mendirikan PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU di blog dan Alhamdulillah memang mendapat sambutan ramai dan fadhilat ilmunya sudah dirasai oleh mereka.

Perantauan abang menuntut ilmu bermula di timur malaysia seperti Terengganu, Kelantan, Pahang hinggalah abang berjaya pusing 1 semenanjung mengumpul dan mempelajari pelbagai keilmuan. Perantauan abang tidak terhenti di situ saja, abang meneruskan langkah sehingga ke Siam dan beberapa tempat di Indonesia. Abang mendalami pelbagai aliran kebatinan iaitu bermula dari : 

1. ALIRAN ILMU YANG BERASASKAN JAMPI DAN MANTRA 

2. ALIRAN ILMU HAK YAKNI ILMU YANG MENGGUNAKAN UNSUR TUBUH SEPERTI BESI KURSANI, TENAGA DALAM DAN LAIN-LAIN UNTUK PERUBATAN DAN PERTAHANAN DIRI

3. ALIRAN ILMU PERTAPAAN HAKIKAT MENGENAL ALLAH SWT 

4. ALIRAN ILMU PERKHODAMAN JIN MUSLIM BERMULA DARI JIN KELAS BIASA HINGGA KE PERINGKAT RAJANYA

5. ALIRAN ILMU JALAN KEWALIAN IAITU ILMU YANG DIGUNAKAN OLEH PARA WALI UNTUK KEDUNIAAN 

6. ALIRAN ILMU KENABIAN SEPERTI ISMUL ADZOM, ISIM DAN HIZIB

7. ALIRAN ILMU ALAM MALAKUT IAITU ILMU PARA MALAIKAT SEPERTI MALIKUL KHOMSI YANG ABANG AJARKAN SEBELUM INI

8. SEHINGGALAH ABANG BERJAYA MENEMUI GURU YANG MEMPUNYAI ILMU ALAM JABBARUT, ALAM YANG SANGAT RAHSIA DAN SANGAT JARANG GURU YANG MAMPU MENEMBUS ALAM TERSEBUT 

Alhamdulillah abang bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk atau riak ya tetapi hanya sekadar berkongsi bahawa lautan ilmu Allah SWT itu sangat luas dan istimewa. Sekalian ilmu di atas akan abang turunkan di blog step by step, buat apa nak simpan? Lebih baik abang sebarkan supaya orang awam turut dapat merasai nikmatnya dan sangat sayang sekali jika ilmu terkubur bersama jasad abang tanpa diwarisi. 

Baiklah kita kembali kepada tajuk utama iaitu ilmu KALIMAT MEGAT GUNUNG TEBU, gambar di atas ada tertulis "SATU ILMU TERSIRAT SEGUDANG RAHSIA". Ya ilmu ini memang mempunyai banyak sekali rahsia karomahnya yang tak terhitung jari kerana sifat asrornya "meluas seperti lautan". Guru abang menurunkan ilmu ini tanpa sebarang keterangan kelebihan ilmu, hanya diajarkan kalimatnya dan kaedah untuk mengamalkannya saja. Bila abang tanya ilmu ini untuk apa? Beliau hanya menjawab "HANG AMALKAN DULU DAN GALI SENDIRI, LEPAS TU BARU HANG RUJUK AKU". Gali sendiri itu bermaksud abang diarahkan mengamalkannya dan mencari sendiri apakah kelebihan yang terkandung di dalam kalimat ini. Setelah itu, abang mula mengamalkannya dengan penuh tekun dan mengkaji. Sesungguhnya untuk menguasai ilmu ini bukan senang, sangat susah dan rumit kerana ianya memakan masa yang lama, tenaga yang banyak untuk bersila dan berzikir tetapi abang tidak berputus asa kerana hati abang mengatakan pasti ada sesuatu yang "istimewa" di sebalik ilmu ini. Amalan demi amalan dilakukan, kajian demi kajian dan uji cuba berkali-kali yang dilakukan sehinggalah abang berjaya MEMBUKTIKANNYA

Antara penemuan abang ketika mengkaji dan mengamalkannya adalah: 

1. KALIMAT MEGAT GUNUNG TEBU SANGAT SESUAI UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI ILMU AWAL MULTIFUNGSI 

2. KALIMAT MEGAT GUNUNG TEBU SANGAT SESUAI UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI WAWASAN UTAMA KEPADA PEMULA DAN "ORANG LAMA" DI JALAN KEBATINAN 

3. MENGAMALKAN ILMU INI AKAN MEMBUATKAN PENGAMAL MEMPUNYAI POTENSI BESAR UNTUK MENGUASAI ILMU-ILMU PERINGKAT TINGGI DENGAN MUDAH DAN MEMBERI FUTUH ILMI IAITU MEMBUKA RAHSIA-RAHSIA KEILMUAN YANG PENGAMAL MILIKI 

Penemuan di atas bukan hanya sembang kosong melainkan abang sudah membuktikannya terlebih dahulu kepada diri abang sendiri. Pelbagai pengalaman ajaib yang abang rasakan ketika istiqomah mengamalkannya dan abang telah menjadikannya sebagai "pakaian utama" abang di dalam pelbagai urusan spiritual sehingga SEKARANG. Adapun bacaan Kalimat Megat Gunung Tebu sangat pendek dan ianya hanya terdiri dari EMPAT KALIMAT saja. Anda mampu menghafalnya dalam waktu kurang dari 3 minit. 4 kalimat tersebut berbahasa Arab yang dikombinasikan dengan sepotong ayat Al-Quran dan beberapa kalimat "rahsia". Setiap kalimat di dalam ilmu ini mempunyai fungsi yang berbeza-beza : 

1. KALIMAT PERTAMA - KHUSUS UNTUK PEMAKBULAN DOA DAN KATA-KATA SERTA PEMBUKAAN HIJAB 

2. KALIMAT KEDUA - DIRAHSIAKAN 

3. KALIMAT KETIGA - KHUSUS UNTUK KEREZEKIAN, PENGASIHAN, DAN PERUBATAN

4. KALIMAT KEEMPAT - KHUSUS UNTUK PERLINDUNGAN DAN PEPERANGAN 

Apabila anda mengamalkan kalimat ini, anda akan memperolehi semua fungsi di atas sekaligus. Kalimat Megat Gunung Tebu hanya perlu diamalkan selama 7 malam berturut-turut yang memakan masa kurang dari 30 minit sahaja. Anda sudah tidak perlu bersusah payah memerlukan masa yang lama untuk mengamalkan dan menguasainya kerana abang telah MENYEMPURNAKAN ilmu ini bahkan anda juga boleh "menguji" keberkesanan ilmu ini meskipun baru 1 malam saja mengamalkannya. Abang hidangkan ilmu yang telah siap untuk anda nikmati kerana sewaktu pengijazahan abang akan "transfer" sekali sirr, tenaga, karomatul dan kunci keilmuannya kepada anda. Dengan izin Allah SWT, ilmu ini akan menjadi perangsang kegemilangan anda di dalam arena kebatinan. Pengamal juga akan kerap mendapat "isyaroh" untuk menggunakan ilmu ini dan keilmuan lain yang pengamal miliki ketika berhadapan dengan sesebuah kes. Contohnya 3 hari lepas ada seorang pesakit yang datang ke rumah abang untuk berubat dan beliau mengalami sakit misteri yang tak dapat dikesan oleh pihak hospital. Beliau mengalami gatal kulit yang sangat teruk sehingga hampir seluruh badannya mempunyai kurap lalu abang mendapat bisikan "Kamu bacakan Kalimat Megat Gunung Tebu sebanyak 21x pada segelas air kelapa yang dicampurkan dengan garam lalu suruhlah pesakit minum pada waktu senja"    

KALIMAT MEGAT GUNUNG TEBU MEMPUNYAI SEGUDANG KELEBIHAN SEPERTI: 

1. PENARIK KEREZEKIAN DAN MELANCARKANNYA 

2. FUTUH ILMU IAITU MEMBUKA RAHSIA-RAHSIA KEILMUAN DAN DIKURNIAKAN KEFAHAMAN KEPADA PENGAMAL  

3. MENGANDUNGI KALIMAT MUSTAJAB YANG AKAN MEMPERCEPATKAN DOA DAN HAJATNYA DIKABULKAN 

4. PENGASIHAN, KEWIBAWAAN DAN MENINGKATKAN DAYA PESONA DIRI 

5. ILMU PENGASIHAN DAN PENUNDUK YANG DITUJUKAN KEPADA ANDA TIDAK AKAN BERKESAN

6. MENOLAK SIHIR DAN SANTAU SERTA MAMPU MENGEMBALIKANNYA KEPADA PENGIRIM 

7. MEMBUKA MATA BATIN DAN HIJAB YANG TERTUTUP ( HAL INI MERANGKUMI KEPEKAAN PENDENGARAN, RASA DAN PENGLIHATAN BATIN)

8. MENAJAMKAN KETEPATAN FIRASAT HATI  

9. SERING MENDAPAT ILHAM JIKA ADA SESUATU YANG BAKAL BERLAKU

10. MAMPU MENGISI PEMBERAT PUKULAN KEPADA DIRI SENDIRI ATAU ORANG LAIN (BACAKAN KALIMAT LALU TIUPKAN PADA KEDUA-DUA BELAH TANGAN ATAU DIBACAKAN PADA SEGELAS AIR DAN DISIRAMKAN PADA TANGAN) 

11. MAMPU MENGISI SENJATA TAJAM SEPERTI KERIS DAN PEDANG SUPAYA LEBIH BERBISA, MEMATIKAN DAN SEBAGAINYA BERDASARKAN NIAT PENGAMAL 

12. BENTENG PEMAGARAN DIRI YANG AMPUH DARI KHIANAT DAN PERBUATAN JAHAT MAKHLUK

13. MENDAPAT PERTOLONGAN ALLAH SWT DI SAAT YANG MEMERLUKAN. ABANG TAK DAPAT MENGUPASNYA DENGAN DETAIL KERANA IANYA BERGANTUNG PADA SITUASI YANG MENDESAK SEPERTI ANDA DIKEJAR MUSUH MAKA TIBA-TIBA ANDA DAPAT BERLARI LAJU DAN HALIMUNAN, ANDA DISERANG DENGAN SENJATA API MAKA SECARA TIBA-TIBA SENJATA TERSEBUT TERKUNCI, DAN ANDA DISERANG DENGAN SENJATA TAJAM MAKA SECARA TIBA-TIBA TUBUH ANDA TIDAK TERLUKA DEK SENJATA

14. MENGUBATI PELBAGAI PENYAKIT BAIK ZAHIR DAN BATIN 

15. MENDAPAT ILHAM TENTANG SESEBUAH PENYAKIT YANG DIALAMI, BAHAN YANG DIPERLUKAN DAN CARA UNTUK MENGUBATINYA

16. MENGGERUNKAN MAKHLUK HALUS DAN MENGHALAU MEREKA 

17. MAMPU MEMAGAR SESEBUAH KAWASAN SEPERTI KEBUN DAN RUMAH

18. MEMBERHENTIKAN HUJAN DAN MENGHADIRKANNYA

19. JIKA ANDA TERSESAT DI HUTAN, BACAKAN KALIMAT INI LALU TIUPKAN PADA 4 ARAH IN SHA ALAH PADA KETIKA ITU JUGA ANDA AKAN MENEMUI JALAN PULANG

20. MENGHADIRKAN ANGIN DAN MAMPU MENGHALAU PUTING BELIUNG 

21. MENGHADIRKAN IKAN YANG BANYAK KETIKA MEMANCING ATAU MENJALA (PENGANYER)

SERTA BANYAK LAGI KELEBIHAN YANG AKAN DIRASAI KERANA ILMU INI AKAN SEMAKIN BERKEMBANG MANFAAT DAN FADHILATNYA SELAGI IANYA DIAMALKAN OLEH PENGAMAL. ABANG SENDIRI PUN MASIH TIDAK PUAS MENGAMALKAN ILMU INI KERANA IANYA PENUH DENGAN KEJUTAN. 

Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. Abang juga menyarankan anda mendirikan solat istikharah sebelum mempelajari keilmuan ini jika masih ada keraguan di hati kerana ABANG TIDAK SUKA MENGAJAR ORANG YANG WAS-WAS. 


MAHAR KALIMAT MEGAT GUNUNG TEBU:

SEBANYAK RM 261

  SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI



KALIMAT PERANG SAYYID ALI


Assalamualaikum wbt dan salam bahagia, apa khabar semua? Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja dan selamat datang kepada para pengunjung baru ke PUSAT ILMU PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU. 

Ilmu yang bakal diturunkan kali ini bersebab, apa sebabnya? Lihat screenshot dibawah: 


Abang mendapat banyak laporan baik dari murid dan sahabat seperguruan abang sendiri akan isyaroh yang mereka perolehi ketika berzikir mengamalkan pelbagai keilmuan. Hampir semuanya mendapat isyaroh yang sama iaitu seolah-olah akan berlaku suatu peperangan namun kebenarannya hanya Allah SWT saja yang tahu wallahualam tetapi kita seharusnya membuat persiapan yang secukupnya. Kalimat Perang ini in sha Allah akan menjadi pelengkap dan persediaan anda yang mencukupi dalam menghadapi sebarang kemungkinan. 

Kalimat Perang ini adalah milik sahabat Rasulullah SAW dan juga merangkap sebagai menantu beliau iaitu Sayyid Ali ibn Abi Talib. Kalimat ini bersalasilahkan dari seorang habib yang berketurunan Rasulullah SAW hingga kepada Sayyid Ali ibn Abi Talib dan seterusnya sampai kepada Rasulullah SAW. Ingat ya, ilmu ini ORIGINAL MILIK SAYYID ALI BIN ABI TALIB dan bukannya ilmu "TABARRUK" Sayyid Ali yang sudah tersebar luas. Tabbaruk bermaksud mengambil keberkatan Saidina Ali seperti bait mantra yang berbunyi "KUATLAH AKU SEPERTI SAIDINA ALI, GAGAHLAH AKU LAKSANA SAIDINA ALI" sedangkan ilmu original yang diamalkan oleh Saidina Ali pula adalah ilmu yang memang diamalkan oleh Saidina Ali dan tidak ada bait nama Saidina Ali dalam bacaan keilmuan tersebut. 

Contoh paling senang, anda mempelajari ilmu tabarruk mengambil keberkatan seseorang waliyullah supaya menjadi sakti seperti waliyullah tersebut seperti anda mewiridkan "AL-MADAD YA SYEIKH XXXX" berulang-ulang kali sehingga anda dikurniakan kelebihan manakala abang pula mengamalkan ilmu yang sememangnya diamalkan oleh waliyullah tersebut. Waliyullah itu mengamal zikir "YA KAAFI YA MUJIB" sehingga dikurniakan pelbagai karomah dan abang juga mengamalkan zikir tersebut agar mudah-mudahan abang perolehi sebagaimana beliau dapat.  Faham? Jadi mana yang lebih hebat antara keduanya? Sudah tentu ilmu ORIGINAL yang lebih hebat hehehe. 

Baiklah sebelum abang meneruskan keterangan tentang ilmu ini, abang ingin menceritakan sedikit tentang Saidina Ali Ibn Abi Talib kepada anda agar anda dapat mengenali beliau dengan lebih mendalam dan menjadi PEMBAKAR SEMANGAT ANDA untuk beramal. Saidina Ali bin Abi Talib merupakan sepupu kepada Rasulullah SAW dan sahabat karib kepada baginda. Beliau dijuluki dengan gelaran "KAROMALLAHU WAJHAH" yang bermaksud SEMOGA ALLAH SWT MEMULIAKAN WAJAHNYA kerana beliau tidak pernah menyembah berhala seumur hidupnya. Beliau mempunyai banyak keilmuan yang dipelajari dari Baginda Rasulullah SAW sehingga Rasulullah SAW bersabda:

"AKU ADALAH GEDUNG ILMU MANAKALA ALI ADALAH PINTUNYA"  

Beliau mewarisi pelbagai keilmuan dari Baginda SAW baik ilmu ketuhanan, ilmu keduniaan, ilmu kebatinan dan "ilmu rahsia" maka pantaslah Saidina Ali Radhiyollahu anhu terkenal dengan pelbagai karomah yang Allah SWT kurniakan kepadanya seperti:   

1. BELIAU PERNAH MENGUBATI ORANG YANG MENGALAMI PENYAKIT STROKE

2. BELIAU MAMPU BERBICARA DENGAN AHLI KUBUR 
 
3. BELIAU PERNAH MENYAMBUNGKAN KEMBALI ANGGOTA TUBUH YANG PUTUS (SESETENGAH ORANG MENGANGGAP ILMU TUBUH BERSAMBUNG ITU HANYA WUJUD DI TANAH NUSANTARA SEPERTI ILMU PANCASONA? ANDA SILAP BESAR KERANA IANYA SUDAH WUJUD DI ZAMAN PARA SAHABAT LAGI) 

Selain itu, beliau juga terkenal sebagai TOKOH KEPAHLAWANAN di medan peperangan yang gigih mempertahankan Rasulullah SAW sehingga Malaikat Jibril berkata "TIDAK ADA PEDANG SELAIN ZULFIKAR DAN TIDAK ADA PAHLAWAN SELAIN ALI". Beliaulah pembela Rasulullah SAW bermula dari pengislamannya hingga kewafatan Rasulullah SAW. Di alam melayu, pengaruh beliau sangat kuat dan dianggap sebagai "Mahaguru Perang" kerana beliau merupakan pahlawan yang tidak pernah kalah ketika bertempur walaupun sekali. Beliau juga digelar sebagai ASADULLAH YAKNI SINGA ALLAH DAN HARIMAU PADANG PASIR kerana kehebatan, keberanian dan kegagahannya yang tak terkalahkan. 

BUKTI KEHEBATAN, KEBERANIAN DAN KEGAGAHANNYA TERBUKTI DI DALAM SEJARAH: 

1. BELIAU SENTIASA MENJADI PEMEGANG PANJI DI MEDAN PERANG (PANJI TIDAK AKAN DISERAHKAN OLEH RASULULLAH SAW MELAINKAN BAGINDA MENGETAHUI DAN MEYAKINI BAHAWA ORANG TERSEBUT ADALAH PAHLAWAN YANG TERBILANG) 

2. KETIKA DI PERANG KHANDAK, TETAKAN BELIAU MENGAKIBATKAN TUBUH AMRU BIN WUDD TERBELAH DUA MESKIPUN SUDAH MEMAKAI BAJU BESI 

3. KETIKA PENAKLUKAN MEKKAH, BELIAU BERJAYA MENOLAK HINGGA JATUH SEBUAH BERHALA YANG SANGAT BESAR YANG ADA DI ATAS KAABAH SECARA BERSEORANGAN SAHAJA 

4. SEWAKTU PERANG BADAR, 34 ORANG TENTERA QURAISY YANG MATI DI TANGAN BELIAU 

BUKTI YANG PALING NYATA TENTANG KEGAGAHAN SAIDINA ALI ADALAH SEWAKTU BERLAKUNYA PERANG KHAIBAR, BELIAU BERJAYA MENCABUT PINTU KOTA KHAIBAR YANG BESAR DAN SEBERAT RATUSAN KILOGRAM SECARA BERSEORANGAN SAHAJA. PERKARA PALING DAHSYAT LAGI APABILA BELIAU MENJADIKAN PINTU KOTA TERSEBUT SEBAGAI PERISAI TANGANNYA. SELEPAS TAMAT PEPERANGAN, 40 ORANG TENTERA MUSLIM CUBA MENGANGKAT PINTU KOTA TERSEBUT TETAPI TETAP TIDAK MAMPU.  

Demikianlah kehebatan Saidina Ali yang abang tahu ketika mempelajari keilmuan ini dari guru dahulu dan guru abang mengatakan segala kehebatan peperangan beliau ada terkandung di dalam KALIMAT PERANG SAYYID ALI. Kalimat Perang Sayyid Ali ini dijaga oleh seorang malaikat yang bernama SAYYID XXXX (Nama malaikat tersebut akan diberitahu kepada pelajar sah keilmuan saja). Malaikat yang Allah tugaskan untuk menjaga kalimat ini ialah malaikat yang sememangnya handal dalam HAL KESAKTIAN PERANG sehingga para pengamal akan perolehi pelbagai karomah termasuk kekebalan, kegagahan dan sebagainya. Kalimat Perang Sayyid Ali mengandungi bacaan puji-pujian yang agung kepada Allah SWT yang berbahasa arab dan dicampurkan sedikit dengan pujian Allah SWT di dalam bahasa suryani (bahasa para malaikat). Bacaannya juga agak pendek, lebih kurang sepanjang surah Al-Ikhlas dan ianya perlu diamalkan selama 7 malam. 

Abang sangat menganjurkan ilmu ini dipelajari dan diamalkan oleh orang awam. Kenapa? Kerana salah satu kelebihan unik keilmuan ini adalah ketika di waktu perang, PENGAMAL MAMPU MEMBUAT AIR BERANI KEPADA ORANG SEKELILING SEBELUM KELUAR BERPERANG dengan membacakan kalimatnya pada segelas air kosong atau pada satu baldi air lalu diberi minum dan dibuat basuh muka maka orang-orang tersebut akan menjadi SANGAT PEMBERANI DAN GAGAH PERKASA ketika menghadapi musuh. Abang sendiri sering menggunakan keilmuan ini ketika mengubati orang yang mengalami penyakit lemah semangat dan penakut. Abang juga menggunakannya ketika ada pesakit atau murid yang menginginkan pengisian perang kepada mereka. 


PENGAMAL KALIMAT PERANG SAYYID ALI AKAN MEMPEROLEHI PELBAGAI KAROMAH KHUSUS SEPERTI: 

1. KEKUATAN DAN KEGAGAHAN YANG DAHSYAT KETIKA PERTARUNGAN 

2. KEGAGAHAN BADAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN DAN TAK MUDAH LELAH 

3. PEKIKAN SUARA YANG SANGAT MENAKUTKAN MUSUH KETIKA MARAH 

4. KESIHATAN TUBUH BADAN DAN TAK MUDAH DISERANG PENYAKIT 

5. SEMANGAT KEBERANIAN YANG LUAR BIASA 

6. PERLINDUNGAN DARI SERANGAN JURUS MUSUH DAN SERANGAN GHAIB SEPERTI SANTAU 

7. PEMBERAT DAN PEMBISA PUKULAN YANG MEMUDARATKAN LAWAN (BOLEH CUBA TEST DENGAN MENAMPAR POKOK PISANG DAN LIHAT KESANNYA) 

8. AURA KEWIBAWAAN YANG KUAT, PERCAYA DIRI DAN MENGHILANGKAN GUGUP

9. MENGUBATI PENYAKIT SIHIR DENGAN DIBACAKAN PADA AIR ZAM-ZAM DAN DIBERI MINUM 

10. KEKEBALAN MUTLAK DAN MENYELURUH DARI SENJATA API, PELURU DAN SENJATA TAJAM (ANDA BOLEH MENCUBA SETELAH TAMAT MENGAMALKAN ILMU INI JIKA MAHU)

11. KEKEBALAN DARI API DAN JIRUSAN AIR PANAS (ANDA BOLEH MENCUBA DENGAN MELAYURKAN API DI TANGAN KETIKA TELAH TAMAT MENGAMALKANNYA) 

12. DITAKUTI MAKHLUK GHAIB DAN DISEGANI PARA MALAIKAT KERANA MALAIKAT SAYYID XXXX INI SANGAT DIHORMATI OLEH MEREKA (CUBA SAJA PERGI KE TEMPAT BERHANTU BERPENUNGGU, PASTI ANDA TIDAK AKAN NAMPAK APA JENIS HANTU PUN DI SANA) 

13. HALIMUNAN DARI PANDANGAN MUSUH 

14. PENGAMAL AKAN DIDAMPINGI MALAIKAT YANG AKAN BERTINDAK TANPA DISURUH MENGIKUT SITUASI YANG MEMERLUKAN  

DAN MASIH ADA BEBEPARA RAHSIA YANG PERLU ABANG RAHSIAKAN, CUKUPLAH PENGAMAL SENDIRI AKAN MERASAINYA SENDIRI DAN MENGGUNAKANNYA KE ARAH KEBAIKAN. WALLAHUALAM


Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan abang akan menghantarkan tiupan angin yang berisi tenaga keilmuan ini kepada anda. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. 

MAHAR KALIMAT PERANG SAYYID ALI:

SEBANYAK RM 232 SAHAJA 


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI

  

TESTIMONI KEILMUAN TERKINI

DENGAN WASILAH ILMU CAHAYA TUANKU


MALIKUL KHOMSI MEMBERI ISYAROH KEPADA PENGAMAL SETIAP DETIK 


ISMUL ADZOM NABI NUH BERTINDAK! 


KEAJAIBAN ILMU SI BUNGKAS EMAS ALHAMDULILLAH 



ILMU YANG BAKAL KELUAR



ILMU PEPERANGAN MILIK SAYYIDINA ALI BIN ABI TALIB RA SEBAGAI PERSIAPAN AKHIR ZAMAN UNTUK KITA SEMUA BAKAL DIKELUARKAN. SEBUAH ILMU YANG SENTIASA ABANG GUNAKAN KETIKA PENGISIAN DAN IANYA MERUPAKAN ILMU YANG BERSANADKAN DARI SEORANG "HABIB" KETURUNAN RASULULLAH SAW.