CINCIN BAGINDA SULAIMAN



Assalamualaikum wbt dan salam bahagia, 

Mungkin ramai yang menyangka posting kali ni abang nak jual cincin kan? Jawapannya SALAH, abang telah isytihar bahawa blog MGT akan menjadi sebuah pusat ilmu sepenuh masa. CINCIN BAGINDA SULAIMAN adalah nama sebuah ilmu yang mempunyai kaitan dengan CINCIN COP MOHOR NABI SULAIMAN AS yang abang warisi suatu ketika dahulu. Guru abang berkata "AKU TENGOK RAMAI ORANG PAKAI CINCIN WAFAK SULAIMAN TAPI WAFAKNYA MATI DAN TAK ADA KHASIAT PUN. KALAULAH MEREKA TAHU KUNCI COP MOHOR SULAIMAN NI, TAK PAYAH PAKAI CINCIN TU PUN TAK APA, KELEBIHANNYA DAH SIAP DALAM DADA. NAH SALIN AYAT NI" 

Cincin cop mohor sulaiman juga dikenali sebagai KHOTIM NABI SULAIMAN AS iaitu cincin yang menjadi alat kebesaran utama Nabi Sulaiman AS ketika memerintah seperti untuk stamping surat kerajaan dan lambang kemegahan kerajaan beliau. Cincin tersebut terdapat TUJUH SIMBOL RAHSIA yang mengandungi 1001 asror di dalamnya. Khotim Sulaiman inilah yang menjadi "kunci utama" Nabi Sulaiman AS berjaya menubuhkan kerajaan yang hebat dan tak mampu ditandingi oleh kerajaan manapun di zaman itu. Abang rasa hampir semua orang sudah tahu kehebatan cincin Nabi Sulaiman tapi abang tetap mahu menghuraikannya agar bakal pemahar keilmuan mendapat kefahaman yang cukup. 

Bagaimanakah rupa simbol yang tertera di Cincin Nabi Sulaiman? Lihat gambar dibawah   


Mengapa 7 simbol ini sangat keramat? Kerana 7 simbol ini mengandungi kekuatan ILAHIYAH dan rahsia puji-pujian kepada Allah SWT yang membuatkan sekalian makhluk gementar dan tunduk kepada Nabi Sulaiman AS. 7 simbol di atas mempunyai pelbagai gelaran yang dinamakan oleh para ahli ilmu seperti BINTANG TUJUH, AL-ASYKAL SAB'AH, KHOTAMAN SULAIMAN dan BINTANG DAUD. Nabi Sulaiman AS memperolehi pelbagai mukjizat dan kesaktian daripada wasilah 7 simbol yang tertera pada cincin beliau seperti: 

1. MAMPU MENAKLUKKAN JIN DAN MEMERINTAHNYA 

2. MAMPU MENUNDUKKAN HAIWAN DI LAUT DAN DARAT SERTA MEMERINTAH MEREKA 

3. MAMPU MENAKLUKKAN UNSUR ALAM SEPERTI ANGIN DAN KILAT SERTA MAMPU MEMERINTAHNYA 

Hal tersebutlah yang menyebabkan beliau sangat-sangat menyayangi dan menjaga cincinnya dengan rapi. Betapa dahsyatnya kekuatan cincin ini sehingga dapat menundukkan sekalian raja-raja jin yang sakti bahkan iblis pun tunduk kepada beliau. Walhasil, Nabi Sulaiman AS mempunyai kerajaan yang megah, gagah dan perkasa yang terdiri dari bangsa manusia, bangsa jin, bangsa haiwan dan unsur alam yang sentiasa siap sedia untuk menuruti perintah beliau. 

Khotim Nabi Sulaiman memang menjadi kegilaan para ahli kebatinan baik di nusantara sehingga ke tanah arab. Ramai yang mengabadikan khotim ini sebagai logo perguruan mereka, perhiasan di rumah mereka, perhiasan di kedai-kedai mereka dan menjadikannya sebagai wafak azimat di dalam kehidupan untuk pelbagai tujuan seperti perlindungan, pelaris dagang, kesaktian dan sebagainya. 

Riwayat tentang kehebatan Khotim Nabi Sulaiman ini sudah abang ketahui sejak dari dulu lagi dari mulut para guru dan membuatkan abang berazam kuat untuk mencari rahsia khotim tersebut. Abang memulakan langkah dengan merantau di setiap daerah dan negeri untuk mencari guru yang mampu membuka dan mengupas rahsianya. Abang mendapat pelbagai amalan tentang Khotim Nabi Sulaiman seperti Hizib Nabi Sulaiman, Doa Nabi Sulaiman dan lain-lain yang memerlukan amalan puasa dan beberapa riyadhoh berat tetapi ianya tetap belum memuaskan hati abang kerana firasat hati abang mengatakan "kau kena cari lagi, ada lagi ni yang kau tak jumpa". Oleh yang demikian, abang meneruskan lagi langkah pencarian sehingga abang bertemu dengan seorang guru yang mempunyai ilmu yang abang idam-idamkan selama ini.

Abang juga menunjukkan kepadanya segala ilmu yang abang dapatkan sebelum ini dan beliau mengatakan "OH ILMU YANG KAU DAPAT NI MEMANG ILMU NABI SULAIMAN TETAPI BUKAN ILMU INDUK CINCIN KHOTIM NABI SULAIMAN LAGI". Bermula dari pertemuan itulah abang diajarkan sebuah ilmu yang bernama CINCIN BAGINDA SULAIMAN yang sangat AMPUH DAN DAHSYAT. Ilmu ini bersanad jelas dari seorang WALIYULLAH yang berasal dari Tanah Arab dan datang ke nusantara untuk meluaskan dakwah islam dan waliyullah tersebut pernah menurunkan ilmu ini kepada seorang sultan di nusantara yang diangkat menjadi muridnya. Ilmu ini boleh dikatakan sebuah ilmu yang hampir pupus kerana sangat sedikit orang yang masih mewarisinya di zaman sekarang. Cincin Baginda Sulaiman merupakan ilmu yang mengambil BAROKAH & KAROMAH KHOTIM NABI SULAIMAN dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan dan hajat keduniaan. 

Pengalaman abang mengamalkan dan menggunakan ilmu ini sangat banyak. ANTARANYA ADALAH : 

1. ABANG SERING MEMBACANYA KETIKA INGIN MEMERINTAH KHODAM YANG ABANG MILIKI KERANA ABANG DAPATI SEKALIAN MAKHLUK GHAIB SANGAT AKUR DENGAN KEKUATAN ILMU INI 

2. ABANG SERING MENGGUNAKANNYA KETIKA MENGHADAPI KES SIHIR YANG BERAT  

3. ABANG SELALU MEMBACANYA SEWAKTU MELARISKAN SESEBUAH KEDAI DAN MEMBANTU PESAKIT YANG MENGALAMI MASALAH KEWANGAN KERANA TENAGA KEILMUAN INI JUGA SANGAT AMPUH DALAM MENARIK KEREZEKIAN  

Adapun bacaan Cincin Baginda Sulaiman ini hanya terdiri 3 ISIM PENDEK SAHAJA yang senang dihafal dan mudah untuk dizikirkan. 3 isim pendek ini adalah kunci untuk menguasai KAROMAH KHOTIM NABI SULAIMAN dan perlu diamalkan selama 3 malam berturut-turut sahaja. Abang juga akan bekalkan anda dengan 1 ayat Al-Quran yang perlu dibaca 1x sebelum mengamalkannya, yang mana ayat Al-Quran ini pula bertindak sebagai PEMBUKA ASROR dan PENYEMPURNA KEILMUANWalaupun kaedah amalan keilmuan ini agak simple namun janganlah anda memandang rendah kepadanya, abang telah melakukan "ujikaji" dari segi keampuhannya dan hasilnya terbukti Cincin Baginda Sulaiman menjadi JUARA. Dengan memiliki keilmuan ini juga, secara tidak langsung anda sudah tidak perlu lagi memakai cincin wafak sulaiman atau menyimpan khotimnya di rumah kerana tenaga karomahnya sudah siap berada di dalam diri anda. 

ILMU INI TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG UNSUR KHODAM, KEKUATANNYA MURNI DAN MUTLAK DATANG LANGSUNG DARI ALLAH SWT 

CINCIN BAGINDA SULAIMAN MEMPUNYAI SEGUDANG KAROMAH DAN KEISTIMEWAAN, DI ANTARANYA ADALAH: 

1. KEMEGAHAN DAN KEWIBAWAAN YANG DAHSYAT LAGAK SEORANG RAJA

2. PENGAMAL AKAN SENTIASA DIKURNIAKAN KEMENANGAN DALAM PELBAGAI HAL

3. DAYA PENGASIHAN YANG SANGAT KUAT DI MATA MAKHLUK DAN MELEMBUTKAN HATI SESEORANG 

4. PENGGERUN DAN MENUNDUKKAN MAKHLUK HALUS TERMASUK KHODAM YANG DIMILIKI PENGAMAL. WALAUPUN ILMU INI TIDAK ADA KHODAM NAMUN IANYA MAMPU MENUNDUKKAN SEHINGGA KHODAM AKAN SEMAKIN PATUH DAN MENJALANKAN PERINTAH DENGAN CEPAT 

5. MENARIK KEBERUNTUNGAN DAN KEKAYAAN KEPADA PENGAMAL 

6. MELARISKAN PERNIAGAAN YANG DIUSAHAKAN DAN MAMPU MEMBANTU MERAWAT KEDAI YANG SEPI

7. MENJAGA PANGKAT DAN KEDUDUKAN PENGAMAL SERTA MENINGKATKANNYA 

8. BENTENG DARI KEJAHATAN MAKHLUK DAN SESUATU YANG TIDAK DIINGINKAN OLEH PENGAMAL (CONTOH PERKARA YANG TAK DIINGINI ADALAH SEPERTI PENGAMAL TAK SUKA MELALUI ROADBLOCK MAKA IN SHA ALLAH PENGAMAL TIDAK AKAN BERTEMU ROADBLOCK SEPANJANG PERJALANANNYA)

9. KEAMANAN DAN KEMAKMURAN HIDUP 

10. PENGAMAL MAMPU MENGALAHKAN MUSUHNYA 

11. MENGUBATI SIHIR DAN GANGGUAN YANG BERAT SERTA MAMPU MENGEMBALIKANNYA KEPADA PENGIRIM 

12. NEUTRALKAN SESEBUAH KAWASAN YANG BERPENUNGGU DAN MENGHANCURKAN BARANG SIHIR YANG DITANAM (ANDA HANYA PERLU MENZIKIRKAN KEILMUAN INI DI KAWASAN TERSEBUT BESERTA NIAT)

13. PENGAMAL MAMPU MEMANFAATKAN UNSUR ALAM SEPERTI MENGHADIRKAN ANGIN, MENGHADIRKAN GURUH, MENGHADIRKAN AWAN MENDUNG DAN SEBAGAINYA

14. PENGAMAL JUGA MAMPU MENGAKTIFKAN DAN MENGUATKAN KAROMAH KHOTIM SULAIMAN YANG BERADA DI SESEBUAH BENDA SEPERTI CINCIN WAFAK SULAIMAN, FRAME KHOTIM SULAIMAN, RAJAH WAFAK SULAIMAN DAN APA SAJA YANG ADA TERTULISNYA KHOTIM SULAIMAN SEPERTI GAMBAR DI ATAS

15. MENUNDUKKAN BINATANG BUAS DAN MENJINAKKAN BINATANG   

16. PENUMBAL AUTOMATIK KEPADA MAKLHUK BAIK MANUSIA, HAIWAN MAHUPUN JIN YANG BERNIAT JAHAT KE ATAS PENGAMAL

17. PENGAMAL AKAN DIBUKAKAN DENGAN PELBAGAI RAHSIA-RAHSIA ALAM GHOIB 

18. KEBERKAHAN KHOTIM NABI SULAIMAN AS AKAN SENTIASA MENGIRINGI PENGAMAL 

SERTA AKAN MENDAPAT PELBAGAI LAGI "KAROMAH RAHSIA" YANG TERKANDUNG DI DALAM KHOTIM NABI SULAIMAN AS


Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan mengijazahkannya dengan mengirim ASROR KHOTIM SULAIMAN kepada anda dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. Kepada bakal pelajar ilmu ini, anda perlu bersabar menunggu waktu pengijazahannya dilakukan kerana abang perlu melakukan 1 riyadhoh khusus sebelum mengirim ASROR KHOTIM tersebut kepada anda. Abang juga menyarankan anda mendirikan solat istikharah sebelum mempelajari keilmuan ini jika masih ada keraguan di hati kerana ABANG TIDAK SUKA MENGAJAR ORANG YANG WAS-WAS. 


MAHAR CINCIN BAGINDA SULAIMAN:

SEBANYAK RM 237

  SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI

 

   

No comments:

Post a Comment