KALIMAT MEGAT GUNUNG TEBU

 


KALIMAT MEGAT GUNUNG TEBU

Assalamualaikum wbt dan salam bahagia buat semua, 

Abang menulis posting keilmuan kali ini dengan penuh semangat dan kecintaan kerana ilmu yang akan diajarkan kali ini ialah KALIMAT MEGAT GUNUNG TEBU. Ya nama abang sendiri, kenapa? Abang mendapat perkenan/keizinan dari guru abang kerana ABANG SATU-SATUNYA YANG BERJAYA MENGUASAINYA ALHAMDULILLAH lalu beliau mengatakan "NAMAKAN ILMU INI DENGAN GELARAN KAU, JADIKAN SEBAGAI PEGANGAN KAU". Menamakan sesebuah ilmu bukan suatu perkara yang dibuat sambil lewa, roh ilmu tersebut akan memberi "isyaroh" kepada guru atau pengamalnya. 

Abang menggunakan nama "Megat" semenjak abang bermula merantau mencari ilmu dan nama tersebut diberikan oleh guru abang yang pertama di dalam ilmu kebatinan. Megat Gunung Tebu pula dikenali sejak abang menjadi "orang tengah" kepada Kerajaan Gunung Tebu jika ada sebarang urusan dengan mereka. Abang mengabadikan nama itu di dalam dunia kebatinan dan spiritual dari dulu hingga sekarang, abang setia dengan nama tersebut kerana terlalu banyak kenangan pahit dan manis abang yang tersirat di dalamnya. Pada awalnya nama abang hanya dikenali secara offline di dalam urusan spiritual baik keilmuan, rawatan dan urusan spiritual yang "sulit" tetapi dengan jasa Tok Mat Gb, beliau memberi abang laluan untuk abang meneruskan perjuangan kebatinan secara online. Semoga Allah membalas jasa beliau berlipat-lipat kali ganda hendaknya. Blog ini ditubuhkan sebenarnya untuk pemaharan geliga-geliga alam ghaib sahaja tetapi setelah amati dan melihat banyak pengunjung di blog ini yang dahagakan ilmu maka abang terus mendirikan PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU di blog dan Alhamdulillah memang mendapat sambutan ramai dan fadhilat ilmunya sudah dirasai oleh mereka.

Perantauan abang menuntut ilmu bermula di timur malaysia seperti Terengganu, Kelantan, Pahang hinggalah abang berjaya pusing 1 semenanjung mengumpul dan mempelajari pelbagai keilmuan. Perantauan abang tidak terhenti di situ saja, abang meneruskan langkah sehingga ke Siam dan beberapa tempat di Indonesia. Abang mendalami pelbagai aliran kebatinan iaitu bermula dari : 

1. ALIRAN ILMU YANG BERASASKAN JAMPI DAN MANTRA 

2. ALIRAN ILMU HAK YAKNI ILMU YANG MENGGUNAKAN UNSUR TUBUH SEPERTI BESI KURSANI, TENAGA DALAM DAN LAIN-LAIN UNTUK PERUBATAN DAN PERTAHANAN DIRI

3. ALIRAN ILMU PERTAPAAN HAKIKAT MENGENAL ALLAH SWT 

4. ALIRAN ILMU PERKHODAMAN JIN MUSLIM BERMULA DARI JIN KELAS BIASA HINGGA KE PERINGKAT RAJANYA

5. ALIRAN ILMU JALAN KEWALIAN IAITU ILMU YANG DIGUNAKAN OLEH PARA WALI UNTUK KEDUNIAAN 

6. ALIRAN ILMU KENABIAN SEPERTI ISMUL ADZOM, ISIM DAN HIZIB

7. ALIRAN ILMU ALAM MALAKUT IAITU ILMU PARA MALAIKAT SEPERTI MALIKUL KHOMSI YANG ABANG AJARKAN SEBELUM INI

8. SEHINGGALAH ABANG BERJAYA MENEMUI GURU YANG MEMPUNYAI ILMU ALAM JABBARUT, ALAM YANG SANGAT RAHSIA DAN SANGAT JARANG GURU YANG MAMPU MENEMBUS ALAM TERSEBUT 

Alhamdulillah abang bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk atau riak ya tetapi hanya sekadar berkongsi bahawa lautan ilmu Allah SWT itu sangat luas dan istimewa. Sekalian ilmu di atas akan abang turunkan di blog step by step, buat apa nak simpan? Lebih baik abang sebarkan supaya orang awam turut dapat merasai nikmatnya dan sangat sayang sekali jika ilmu terkubur bersama jasad abang tanpa diwarisi. 

Baiklah kita kembali kepada tajuk utama iaitu ilmu KALIMAT MEGAT GUNUNG TEBU, gambar di atas ada tertulis "SATU ILMU TERSIRAT SEGUDANG RAHSIA". Ya ilmu ini memang mempunyai banyak sekali rahsia karomahnya yang tak terhitung jari kerana sifat asrornya "meluas seperti lautan". Guru abang menurunkan ilmu ini tanpa sebarang keterangan kelebihan ilmu, hanya diajarkan kalimatnya dan kaedah untuk mengamalkannya saja. Bila abang tanya ilmu ini untuk apa? Beliau hanya menjawab "HANG AMALKAN DULU DAN GALI SENDIRI, LEPAS TU BARU HANG RUJUK AKU". Gali sendiri itu bermaksud abang diarahkan mengamalkannya dan mencari sendiri apakah kelebihan yang terkandung di dalam kalimat ini. Setelah itu, abang mula mengamalkannya dengan penuh tekun dan mengkaji. Sesungguhnya untuk menguasai ilmu ini bukan senang, sangat susah dan rumit kerana ianya memakan masa yang lama, tenaga yang banyak untuk bersila dan berzikir tetapi abang tidak berputus asa kerana hati abang mengatakan pasti ada sesuatu yang "istimewa" di sebalik ilmu ini. Amalan demi amalan dilakukan, kajian demi kajian dan uji cuba berkali-kali yang dilakukan sehinggalah abang berjaya MEMBUKTIKANNYA

Antara penemuan abang ketika mengkaji dan mengamalkannya adalah: 

1. KALIMAT MEGAT GUNUNG TEBU SANGAT SESUAI UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI ILMU AWAL MULTIFUNGSI 

2. KALIMAT MEGAT GUNUNG TEBU SANGAT SESUAI UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI WAWASAN UTAMA KEPADA PEMULA DAN "ORANG LAMA" DI JALAN KEBATINAN 

3. MENGAMALKAN ILMU INI AKAN MEMBUATKAN PENGAMAL MEMPUNYAI POTENSI BESAR UNTUK MENGUASAI ILMU-ILMU PERINGKAT TINGGI DENGAN MUDAH DAN MEMBERI FUTUH ILMI IAITU MEMBUKA RAHSIA-RAHSIA KEILMUAN YANG PENGAMAL MILIKI 

Penemuan di atas bukan hanya sembang kosong melainkan abang sudah membuktikannya terlebih dahulu kepada diri abang sendiri. Pelbagai pengalaman ajaib yang abang rasakan ketika istiqomah mengamalkannya dan abang telah menjadikannya sebagai "pakaian utama" abang di dalam pelbagai urusan spiritual sehingga SEKARANG. Adapun bacaan Kalimat Megat Gunung Tebu sangat pendek dan ianya hanya terdiri dari EMPAT KALIMAT saja. Anda mampu menghafalnya dalam waktu kurang dari 3 minit. 4 kalimat tersebut berbahasa Arab yang dikombinasikan dengan sepotong ayat Al-Quran dan beberapa kalimat "rahsia". Setiap kalimat di dalam ilmu ini mempunyai fungsi yang berbeza-beza : 

1. KALIMAT PERTAMA - KHUSUS UNTUK PEMAKBULAN DOA DAN KATA-KATA SERTA PEMBUKAAN HIJAB 

2. KALIMAT KEDUA - DIRAHSIAKAN 

3. KALIMAT KETIGA - KHUSUS UNTUK KEREZEKIAN, PENGASIHAN, DAN PERUBATAN

4. KALIMAT KEEMPAT - KHUSUS UNTUK PERLINDUNGAN DAN PEPERANGAN 

Apabila anda mengamalkan kalimat ini, anda akan memperolehi semua fungsi di atas sekaligus. Kalimat Megat Gunung Tebu hanya perlu diamalkan selama 7 malam berturut-turut yang memakan masa kurang dari 30 minit sahaja. Anda sudah tidak perlu bersusah payah memerlukan masa yang lama untuk mengamalkan dan menguasainya kerana abang telah MENYEMPURNAKAN ilmu ini bahkan anda juga boleh "menguji" keberkesanan ilmu ini meskipun baru 1 malam saja mengamalkannya. Abang hidangkan ilmu yang telah siap untuk anda nikmati kerana sewaktu pengijazahan abang akan "transfer" sekali sirr, tenaga, karomatul dan kunci keilmuannya kepada anda. Dengan izin Allah SWT, ilmu ini akan menjadi perangsang kegemilangan anda di dalam arena kebatinan. Pengamal juga akan kerap mendapat "isyaroh" untuk menggunakan ilmu ini dan keilmuan lain yang pengamal miliki ketika berhadapan dengan sesebuah kes. Contohnya 3 hari lepas ada seorang pesakit yang datang ke rumah abang untuk berubat dan beliau mengalami sakit misteri yang tak dapat dikesan oleh pihak hospital. Beliau mengalami gatal kulit yang sangat teruk sehingga hampir seluruh badannya mempunyai kurap lalu abang mendapat bisikan "Kamu bacakan Kalimat Megat Gunung Tebu sebanyak 21x pada segelas air kelapa yang dicampurkan dengan garam lalu suruhlah pesakit minum pada waktu senja"    

KALIMAT MEGAT GUNUNG TEBU MEMPUNYAI SEGUDANG KELEBIHAN SEPERTI: 

1. PENARIK KEREZEKIAN DAN MELANCARKANNYA 

2. FUTUH ILMU IAITU MEMBUKA RAHSIA-RAHSIA KEILMUAN DAN DIKURNIAKAN KEFAHAMAN KEPADA PENGAMAL  

3. MENGANDUNGI KALIMAT MUSTAJAB YANG AKAN MEMPERCEPATKAN DOA DAN HAJATNYA DIKABULKAN 

4. PENGASIHAN, KEWIBAWAAN DAN MENINGKATKAN DAYA PESONA DIRI 

5. ILMU PENGASIHAN DAN PENUNDUK YANG DITUJUKAN KEPADA ANDA TIDAK AKAN BERKESAN

6. MENOLAK SIHIR DAN SANTAU SERTA MAMPU MENGEMBALIKANNYA KEPADA PENGIRIM 

7. MEMBUKA MATA BATIN DAN HIJAB YANG TERTUTUP ( HAL INI MERANGKUMI KEPEKAAN PENDENGARAN, RASA DAN PENGLIHATAN BATIN)

8. MENAJAMKAN KETEPATAN FIRASAT HATI  

9. SERING MENDAPAT ILHAM JIKA ADA SESUATU YANG BAKAL BERLAKU

10. MAMPU MENGISI PEMBERAT PUKULAN KEPADA DIRI SENDIRI ATAU ORANG LAIN (BACAKAN KALIMAT LALU TIUPKAN PADA KEDUA-DUA BELAH TANGAN ATAU DIBACAKAN PADA SEGELAS AIR DAN DISIRAMKAN PADA TANGAN) 

11. MAMPU MENGISI SENJATA TAJAM SEPERTI KERIS DAN PEDANG SUPAYA LEBIH BERBISA, MEMATIKAN DAN SEBAGAINYA BERDASARKAN NIAT PENGAMAL 

12. BENTENG PEMAGARAN DIRI YANG AMPUH DARI KHIANAT DAN PERBUATAN JAHAT MAKHLUK

13. MENDAPAT PERTOLONGAN ALLAH SWT DI SAAT YANG MEMERLUKAN. ABANG TAK DAPAT MENGUPASNYA DENGAN DETAIL KERANA IANYA BERGANTUNG PADA SITUASI YANG MENDESAK SEPERTI ANDA DIKEJAR MUSUH MAKA TIBA-TIBA ANDA DAPAT BERLARI LAJU DAN HALIMUNAN, ANDA DISERANG DENGAN SENJATA API MAKA SECARA TIBA-TIBA SENJATA TERSEBUT TERKUNCI, DAN ANDA DISERANG DENGAN SENJATA TAJAM MAKA SECARA TIBA-TIBA TUBUH ANDA TIDAK TERLUKA DEK SENJATA

14. MENGUBATI PELBAGAI PENYAKIT BAIK ZAHIR DAN BATIN 

15. MENDAPAT ILHAM TENTANG SESEBUAH PENYAKIT YANG DIALAMI, BAHAN YANG DIPERLUKAN DAN CARA UNTUK MENGUBATINYA

16. MENGGERUNKAN MAKHLUK HALUS DAN MENGHALAU MEREKA 

17. MAMPU MEMAGAR SESEBUAH KAWASAN SEPERTI KEBUN DAN RUMAH

18. MEMBERHENTIKAN HUJAN DAN MENGHADIRKANNYA

19. JIKA ANDA TERSESAT DI HUTAN, BACAKAN KALIMAT INI LALU TIUPKAN PADA 4 ARAH IN SHA ALAH PADA KETIKA ITU JUGA ANDA AKAN MENEMUI JALAN PULANG

20. MENGHADIRKAN ANGIN DAN MAMPU MENGHALAU PUTING BELIUNG 

21. MENGHADIRKAN IKAN YANG BANYAK KETIKA MEMANCING ATAU MENJALA (PENGANYER)

SERTA BANYAK LAGI KELEBIHAN YANG AKAN DIRASAI KERANA ILMU INI AKAN SEMAKIN BERKEMBANG MANFAAT DAN FADHILATNYA SELAGI IANYA DIAMALKAN OLEH PENGAMAL. ABANG SENDIRI PUN MASIH TIDAK PUAS MENGAMALKAN ILMU INI KERANA IANYA PENUH DENGAN KEJUTAN. 

Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. Abang juga menyarankan anda mendirikan solat istikharah sebelum mempelajari keilmuan ini jika masih ada keraguan di hati kerana ABANG TIDAK SUKA MENGAJAR ORANG YANG WAS-WAS. 


MAHAR KALIMAT MEGAT GUNUNG TEBU:

SEBANYAK RM 261

  SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI



No comments:

Post a Comment