KALIMAT PERANG SAYYID ALI


Assalamualaikum wbt dan salam bahagia, apa khabar semua? Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja dan selamat datang kepada para pengunjung baru ke PUSAT ILMU PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU. 

Ilmu yang bakal diturunkan kali ini bersebab, apa sebabnya? Lihat screenshot dibawah: 


Abang mendapat banyak laporan baik dari murid dan sahabat seperguruan abang sendiri akan isyaroh yang mereka perolehi ketika berzikir mengamalkan pelbagai keilmuan. Hampir semuanya mendapat isyaroh yang sama iaitu seolah-olah akan berlaku suatu peperangan namun kebenarannya hanya Allah SWT saja yang tahu wallahualam tetapi kita seharusnya membuat persiapan yang secukupnya. Kalimat Perang ini in sha Allah akan menjadi pelengkap dan persediaan anda yang mencukupi dalam menghadapi sebarang kemungkinan. 

Kalimat Perang ini adalah milik sahabat Rasulullah SAW dan juga merangkap sebagai menantu beliau iaitu Sayyid Ali ibn Abi Talib. Kalimat ini bersalasilahkan dari seorang habib yang berketurunan Rasulullah SAW hingga kepada Sayyid Ali ibn Abi Talib dan seterusnya sampai kepada Rasulullah SAW. Ingat ya, ilmu ini ORIGINAL MILIK SAYYID ALI BIN ABI TALIB dan bukannya ilmu "TABARRUK" Sayyid Ali yang sudah tersebar luas. Tabbaruk bermaksud mengambil keberkatan Saidina Ali seperti bait mantra yang berbunyi "KUATLAH AKU SEPERTI SAIDINA ALI, GAGAHLAH AKU LAKSANA SAIDINA ALI" sedangkan ilmu original yang diamalkan oleh Saidina Ali pula adalah ilmu yang memang diamalkan oleh Saidina Ali dan tidak ada bait nama Saidina Ali dalam bacaan keilmuan tersebut. 

Contoh paling senang, anda mempelajari ilmu tabarruk mengambil keberkatan seseorang waliyullah supaya menjadi sakti seperti waliyullah tersebut seperti anda mewiridkan "AL-MADAD YA SYEIKH XXXX" berulang-ulang kali sehingga anda dikurniakan kelebihan manakala abang pula mengamalkan ilmu yang sememangnya diamalkan oleh waliyullah tersebut. Waliyullah itu mengamal zikir "YA KAAFI YA MUJIB" sehingga dikurniakan pelbagai karomah dan abang juga mengamalkan zikir tersebut agar mudah-mudahan abang perolehi sebagaimana beliau dapat.  Faham? Jadi mana yang lebih hebat antara keduanya? Sudah tentu ilmu ORIGINAL yang lebih hebat hehehe. 

Baiklah sebelum abang meneruskan keterangan tentang ilmu ini, abang ingin menceritakan sedikit tentang Saidina Ali Ibn Abi Talib kepada anda agar anda dapat mengenali beliau dengan lebih mendalam dan menjadi PEMBAKAR SEMANGAT ANDA untuk beramal. Saidina Ali bin Abi Talib merupakan sepupu kepada Rasulullah SAW dan sahabat karib kepada baginda. Beliau dijuluki dengan gelaran "KAROMALLAHU WAJHAH" yang bermaksud SEMOGA ALLAH SWT MEMULIAKAN WAJAHNYA kerana beliau tidak pernah menyembah berhala seumur hidupnya. Beliau mempunyai banyak keilmuan yang dipelajari dari Baginda Rasulullah SAW sehingga Rasulullah SAW bersabda:

"AKU ADALAH GEDUNG ILMU MANAKALA ALI ADALAH PINTUNYA"  

Beliau mewarisi pelbagai keilmuan dari Baginda SAW baik ilmu ketuhanan, ilmu keduniaan, ilmu kebatinan dan "ilmu rahsia" maka pantaslah Saidina Ali Radhiyollahu anhu terkenal dengan pelbagai karomah yang Allah SWT kurniakan kepadanya seperti:   

1. BELIAU PERNAH MENGUBATI ORANG YANG MENGALAMI PENYAKIT STROKE

2. BELIAU MAMPU BERBICARA DENGAN AHLI KUBUR 
 
3. BELIAU PERNAH MENYAMBUNGKAN KEMBALI ANGGOTA TUBUH YANG PUTUS (SESETENGAH ORANG MENGANGGAP ILMU TUBUH BERSAMBUNG ITU HANYA WUJUD DI TANAH NUSANTARA SEPERTI ILMU PANCASONA? ANDA SILAP BESAR KERANA IANYA SUDAH WUJUD DI ZAMAN PARA SAHABAT LAGI) 

Selain itu, beliau juga terkenal sebagai TOKOH KEPAHLAWANAN di medan peperangan yang gigih mempertahankan Rasulullah SAW sehingga Malaikat Jibril berkata "TIDAK ADA PEDANG SELAIN ZULFIKAR DAN TIDAK ADA PAHLAWAN SELAIN ALI". Beliaulah pembela Rasulullah SAW bermula dari pengislamannya hingga kewafatan Rasulullah SAW. Di alam melayu, pengaruh beliau sangat kuat dan dianggap sebagai "Mahaguru Perang" kerana beliau merupakan pahlawan yang tidak pernah kalah ketika bertempur walaupun sekali. Beliau juga digelar sebagai ASADULLAH YAKNI SINGA ALLAH DAN HARIMAU PADANG PASIR kerana kehebatan, keberanian dan kegagahannya yang tak terkalahkan. 

BUKTI KEHEBATAN, KEBERANIAN DAN KEGAGAHANNYA TERBUKTI DI DALAM SEJARAH: 

1. BELIAU SENTIASA MENJADI PEMEGANG PANJI DI MEDAN PERANG (PANJI TIDAK AKAN DISERAHKAN OLEH RASULULLAH SAW MELAINKAN BAGINDA MENGETAHUI DAN MEYAKINI BAHAWA ORANG TERSEBUT ADALAH PAHLAWAN YANG TERBILANG) 

2. KETIKA DI PERANG KHANDAK, TETAKAN BELIAU MENGAKIBATKAN TUBUH AMRU BIN WUDD TERBELAH DUA MESKIPUN SUDAH MEMAKAI BAJU BESI 

3. KETIKA PENAKLUKAN MEKKAH, BELIAU BERJAYA MENOLAK HINGGA JATUH SEBUAH BERHALA YANG SANGAT BESAR YANG ADA DI ATAS KAABAH SECARA BERSEORANGAN SAHAJA 

4. SEWAKTU PERANG BADAR, 34 ORANG TENTERA QURAISY YANG MATI DI TANGAN BELIAU 

BUKTI YANG PALING NYATA TENTANG KEGAGAHAN SAIDINA ALI ADALAH SEWAKTU BERLAKUNYA PERANG KHAIBAR, BELIAU BERJAYA MENCABUT PINTU KOTA KHAIBAR YANG BESAR DAN SEBERAT RATUSAN KILOGRAM SECARA BERSEORANGAN SAHAJA. PERKARA PALING DAHSYAT LAGI APABILA BELIAU MENJADIKAN PINTU KOTA TERSEBUT SEBAGAI PERISAI TANGANNYA. SELEPAS TAMAT PEPERANGAN, 40 ORANG TENTERA MUSLIM CUBA MENGANGKAT PINTU KOTA TERSEBUT TETAPI TETAP TIDAK MAMPU.  

Demikianlah kehebatan Saidina Ali yang abang tahu ketika mempelajari keilmuan ini dari guru dahulu dan guru abang mengatakan segala kehebatan peperangan beliau ada terkandung di dalam KALIMAT PERANG SAYYID ALI. Kalimat Perang Sayyid Ali ini dijaga oleh seorang malaikat yang bernama SAYYID XXXX (Nama malaikat tersebut akan diberitahu kepada pelajar sah keilmuan saja). Malaikat yang Allah tugaskan untuk menjaga kalimat ini ialah malaikat yang sememangnya handal dalam HAL KESAKTIAN PERANG sehingga para pengamal akan perolehi pelbagai karomah termasuk kekebalan, kegagahan dan sebagainya. Kalimat Perang Sayyid Ali mengandungi bacaan puji-pujian yang agung kepada Allah SWT yang berbahasa arab dan dicampurkan sedikit dengan pujian Allah SWT di dalam bahasa suryani (bahasa para malaikat). Bacaannya juga agak pendek, lebih kurang sepanjang surah Al-Ikhlas dan ianya perlu diamalkan selama 7 malam. 

Abang sangat menganjurkan ilmu ini dipelajari dan diamalkan oleh orang awam. Kenapa? Kerana salah satu kelebihan unik keilmuan ini adalah ketika di waktu perang, PENGAMAL MAMPU MEMBUAT AIR BERANI KEPADA ORANG SEKELILING SEBELUM KELUAR BERPERANG dengan membacakan kalimatnya pada segelas air kosong atau pada satu baldi air lalu diberi minum dan dibuat basuh muka maka orang-orang tersebut akan menjadi SANGAT PEMBERANI DAN GAGAH PERKASA ketika menghadapi musuh. Abang sendiri sering menggunakan keilmuan ini ketika mengubati orang yang mengalami penyakit lemah semangat dan penakut. Abang juga menggunakannya ketika ada pesakit atau murid yang menginginkan pengisian perang kepada mereka. 


PENGAMAL KALIMAT PERANG SAYYID ALI AKAN MEMPEROLEHI PELBAGAI KAROMAH KHUSUS SEPERTI: 

1. KEKUATAN DAN KEGAGAHAN YANG DAHSYAT KETIKA PERTARUNGAN 

2. KEGAGAHAN BADAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN DAN TAK MUDAH LELAH 

3. PEKIKAN SUARA YANG SANGAT MENAKUTKAN MUSUH KETIKA MARAH 

4. KESIHATAN TUBUH BADAN DAN TAK MUDAH DISERANG PENYAKIT 

5. SEMANGAT KEBERANIAN YANG LUAR BIASA 

6. PERLINDUNGAN DARI SERANGAN JURUS MUSUH DAN SERANGAN GHAIB SEPERTI SANTAU 

7. PEMBERAT DAN PEMBISA PUKULAN YANG MEMUDARATKAN LAWAN (BOLEH CUBA TEST DENGAN MENAMPAR POKOK PISANG DAN LIHAT KESANNYA) 

8. AURA KEWIBAWAAN YANG KUAT, PERCAYA DIRI DAN MENGHILANGKAN GUGUP

9. MENGUBATI PENYAKIT SIHIR DENGAN DIBACAKAN PADA AIR ZAM-ZAM DAN DIBERI MINUM 

10. KEKEBALAN MUTLAK DAN MENYELURUH DARI SENJATA API, PELURU DAN SENJATA TAJAM (ANDA BOLEH MENCUBA SETELAH TAMAT MENGAMALKAN ILMU INI JIKA MAHU)

11. KEKEBALAN DARI API DAN JIRUSAN AIR PANAS (ANDA BOLEH MENCUBA DENGAN MELAYURKAN API DI TANGAN KETIKA TELAH TAMAT MENGAMALKANNYA) 

12. DITAKUTI MAKHLUK GHAIB DAN DISEGANI PARA MALAIKAT KERANA MALAIKAT SAYYID XXXX INI SANGAT DIHORMATI OLEH MEREKA (CUBA SAJA PERGI KE TEMPAT BERHANTU BERPENUNGGU, PASTI ANDA TIDAK AKAN NAMPAK APA JENIS HANTU PUN DI SANA) 

13. HALIMUNAN DARI PANDANGAN MUSUH 

14. PENGAMAL AKAN DIDAMPINGI MALAIKAT YANG AKAN BERTINDAK TANPA DISURUH MENGIKUT SITUASI YANG MEMERLUKAN  

DAN MASIH ADA BEBEPARA RAHSIA YANG PERLU ABANG RAHSIAKAN, CUKUPLAH PENGAMAL SENDIRI AKAN MERASAINYA SENDIRI DAN MENGGUNAKANNYA KE ARAH KEBAIKAN. WALLAHUALAM


Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan abang akan menghantarkan tiupan angin yang berisi tenaga keilmuan ini kepada anda. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. 

MAHAR KALIMAT PERANG SAYYID ALI:

SEBANYAK RM 232 SAHAJA 


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI

  

No comments:

Post a Comment