GELIGA HARIMAU PERANG SOLD OUT!





Assalamualaikum semua dan selamat tengahari, moga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja ya. Geliga di atas ialah pemberian dari Kerajaan Gunung Tahan iaitu sebuah GELIGA HARIMAU PERANG yang dipakai oleh tentera-tentera Gunung Tahan dalam peperangan. Geliga ini hanya dipakai oleh pasukan tentera tertinggi dalam kerajaan Gunung Tahan sahaja. 

Bila sebut bab harimau ni hmm abang sebenarnya ada terfikir untuk membuka sebuah Program Pengajian Ilmu Harimau di blog. Oleh kerana abang tengok dalam customer abang ni ramai sangat meminati tentang pakaian Harimau dan Keilmuan Harimau. Apa pendapat anda? Jika ada sambutan ramai.. abang akan buka tapi kena bagi abang sedikit masa untuk menyusul keilmuan-keilmuan harimau yang abang miliki di dalam modul. Sejarah abang menuntut bab ilmu harimau ni abang merantau selama 4 tahun untuk menguasai bab ilmu harimau. Pengorbanan duit, tenaga dan masa tak payah cakap la.. sangat banyak tapi jenis abang ni abang lebih suka ilmu dari duit kerana ilmu dapat kita pakai hingga akhir hayat. Hanya seorang sahabat abang saja yang tahu penat lelah abang dalam menuntu ilmu iaitu MALIK. Beliau sekarang juga merupakan orang kanan abang dalam perguruan Megat Gunung Tebu, beliau banyak tahu kerana beliau sentiasa disamping abang ketika abang merantau dulu. Jika malik membaca post ini.. Terima kasih banyak-banyak kerana banyak bantu aku ketika aku merantau dulu, jasa kau hantar aku naik bas dan ambil aku tiap kali pulang sampai akhir hayat aku hargai. Engkaulah sahabat aku dunia akhirat.. moga Allah sentiasa merahmati kau sahabat. Berbalik pada Program Pengajian Ilmu Harimau, jika diizinkan oleh Allah SWT.. sesiapa yang mengikuti program tersebut akan mendapat KEILMUAN HARIMAU LENGKAP dari abang iaitu bermula dengan Ilmu Penggerun Harimau, Ilmu Semangat Harimau, Ilmu Kekuatan dan Kekebalan Harimau, Ilmu Gerak Harimau Putih dan Ilmu Perbomohan Harimau ( Merawati penyakit menggunakan Amalan Bomoh Rimau ). Kesemua ilmu tersebut dijamin tak menjadi saka dan ianya dari aliran putih... kerana abang pelajari keilmuan2 ini dari guru-guru yang kuat agama dan sangat anti dengan ilmu hitam. Aishhh panjang pulak bebel bab harimau hahaha, takpela saja bagi info kat anda semua tambah ilmu pengetahuan In Sha Allah.

Ok balik pada tajuk utama kita iaitu GELIGA HARIMAU PERANG ni, geliga ini tak mempunyai khodam namun mempunyai Aura Harimau yang sangat kuat dari alam bunian. Apa beza khodam dengan aura bang? Khodam ni dari bangsa jin manakala Aura Harimau ini hanyalah sifat dan kelebihan yang ada pada harimau juga akan dapat pada pemilik geliga ini. Pada customer yang tak suka khodam2 rimau tapi nak jugak kelebihan harimau.. nah ini dia barangnya. Silakan pada yang bertuah.



GELIGA HARIMAU PERANG INI BERFUNGSI SEBAGAI:



MEMBERI SEMANGAT RIMAU KEPADA PEMILIK UNTUK MENAMBAH KEBERANIAN DALAM BERPERANG. PEMILIK TIDAK AKAN MILIKI PERASAAN GENTAR DAN TAKUT
( MUSUH DI DEPAN MATA NAMPAK KECIK DAN KERDIL SAJA)



KEKEBALAN DARURAT 



PENUNDUK DAN PENGGERUN MUSUH SANGAT AMPUH
(MUSUH AKAN MELIHAT WAJAH PEMILIK SEPERTI SEEKOR HARIMAU)



BADAN PEMILIK AKAN MERASA BESAR, KUAT DAN GAGAH



ISMU CAKAR
(SERANGAN TANGAN ANDA PADA MUSUH SEPERTI TERKENA CAKARAN HARIMAU, LUKA DALAM)



Kod Produk: GHPGT01
Stok: 1 Unit 
Size: Saiz 15 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 160
MAHAR PROMO GILA: RM 100 SAHAJA!! 
Kos Pos: RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI



 

2 comments: