PENANGGUHAN HYPER RARE


Assalamualaikum semua dan selamat malam, abang baru saja selesai ritual beberapa keilmuan Alhamdulillah. Ni baru nak lelap.. Hidup sebagai ahli spiritual macam ni la tuan puan. Siang kerja dunia urus blog, malam kerja hakiki pula.

Sewaktu ritual, banyak perkara yang abang fikirkan mencari ilham. Ilham demi ilham datang untuk terus memajukan blog dan membantu masyarakat. Minggu depan in sha Allah ada pengijazahan keilmuan baru ya iaitu ILMU HARIMAU KUMBANG. Sebuah ilmu yang hanya perlu mengamalkan kalimat pendek yang sangat langka dan bersanad jelas. In sha Allah. 

Abang ingin memohon maaf kepada semua pelanggan abang kerana item hyper rare yang dijanjikan masuk esok terpaksa abang tangguh pada hari sabtu ini kerana abang ada kes rawatan berat yang memerlukan focus yang tinggi esok. Doakan abang ya.. Kita jumpa hari sabtu ini.


Terima kasih dan selamat malam semua. Mari kita lenaaa

1 comment: