PENGUMUMAN & PENAMBAHBAIKAN

Selamat pagi semua dan salam ahad, anda semua cuti ke hari ni? Abang sedang bersiap untuk ke hospital, menghantar mak abang jumpa dr disebabkan mak abang kurang sihat dari semalam. Di kampung ini hanya abang satu-satu anaknya yang ada kerana adik-beradik abang yang lain semua bekerja di luar negeri. Di kesempatan ini juga abang ingin memberitahu anda semua bahawa pada bulan 9 ini abang akan mengambil satu orang staff untuk membantu abang dalam perniagaan MGT in sha Allah. Staff abang ni pun bukan orang lain, anak murid abang juga. Abang mengambil staff bertujuan untuk melancarkan urusan blog dan pengeposan kepada pelanggan, abang pun boleh la tumpukan 100% kepada ritual. Tak payah pening dah nak ke situ ke sini kan. Oleh yang demikian, segala urusan pengeposan item dan lain lain akan diuruskan oleh staff abang dengan lebih pantas Alhamdulillah. 

Pada bulan 9 juga abang akan melakukan penambahbaikan di blog dari segi item dan produk baru. Boleh abang tahu customer dan pengunjung di blog MGT ini ramai ke yang berniaga? Kalau ramai, abang ingin sediakan Khidmat Air Pelaris. Moga dapat membantu memajukan perniagaan anda. Baiklah abang undur diri dulu ya.. Assalamualaikum dan terima kasih 

1 comment: