GELIGA AWAN SOLD OUT!




Assalamualaikum semua, selamat tengahari buat pelanggan-pelanggan yang sudi melawati blog abang. Pada hari ini abang ingin memaharkan pakaian peribadi abang untuk kegunaan anda semua yang berada dalam jalan spiritual dan alam ghaib iaitu GELIGA AWAN. Abang maharkan barang peribadi sendiri? Ya.. kerana kebanyakkannya abang sudah tak perlukan lagi. Mungkin anda pula yang perlukannya. Bila kita berjumpa di blog ini maka itu bermaksud kita mempunyai minat yang sama iaitu "Alam Ghaib dan Spiritual". Geliga ini bernama Geliga Awan kerana sewaktu penarikan abang dulu ianya jatuh dari sebuah awan yang memayungi tempat abang ritual di puncak bukit dahulu.  Cuba kita amati betul-betul gambar geliga di atas, menarik bukan? Kerana ianya berwarna awan biru yang sangat indah dan menenangkan jiwa. Ikatan geliga ini abang pakai ikatan besi.. kalau anda nak tukar kepada perak alpaka boleh, tambah RM 30 saja ya. Geliga Awan ini sudah banyak berjasa pada diri abang, pada awalnya abang ingat nak jadikan sebagai harta warisan untuk anak cucu kelak tapi... hmm tak apalah abang maharkan disini saja. Abang pun tak boleh jamin sama ada anak atau cucu abang berminat ke tidak dalam jalan alam ghaib dan spiritual ni. Bukan apa.. abang ni taknak la ilmu abang terkubur dengan jasad abang sekali. Kita merantau sana sini tapi takde yang mewariskan.. cukup rugi sebab itulah abang buka juga program keilmuan disini. 



GELIGA AWAN INI BERKELEBIHAN SEBAGAI:



MEMBANTU PEMILIK DALAM MELAKUKAN TERAWANGAN 
(FOCUS DAN CEPAT JADIII)



SEBAGAI KUNCI PEMUDAH CARA KITA DALAM BERURUSAN ALAM GHAIB
(MAKHLUK GHAIB CEPAT SENANG DAN MESRA DENGAN KITA)



SEBAGAI PENSTABIL AURA DAN MOOD KITA MENJADI LEBIH TENANG DAN AURA DIRI SEMAKIN BERCAHAYA GEMILANG



AMPUH DALAM PERUBATAN SAKIT JIWA ATAU ANXIETY
(DIRENDAM DAN DIBUAT MINUM JUGA MANDI KEPADA PESAKIT)



MENJADI PAWANG PELARIS
(DIRENDAM DALAM AIR SUNGAI DAN JIRUS AIR TERSEBUT KELILING KEDAI)



PERISAI AWAN YANG SANGAT AMPUH DARI SERANGAN GHAIB



MENAMBAH KEKUATAN TENAGA DALAM 
( MERAWAT ATAU RITUAL TAK MUDAH PENAT )


DAN BANYAK LAGI YANG AKAN DIRASAI OLEH PEMILIK BARU. GELIGA AWAN INI SANGAT SESUAI UNTUK AHLI SPIRITUAL TINGKAT TINGGI DAN TINGKAT PERTENGAHAN



Kod Produk : GA01
Stok : 1 Unit 
Size: Saiz 17-18 
(NO RESIZE, JIKA NAK TUKAR PERAK ALPAKA SILAKAN TAMBAH KOS RM30 YA) 
MAHAR : RM 250 SAHAJA
Kos Pos: RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI














 

3 comments: