PELAGAT LAUT SOLD OUT!









Pelagat Laut!!! Pertama kali abang dapat jenis iniii dari Kerajaan Gangga Laut di lautan timur iaitu antara semenanjung dan borneo. Ada satu kisah kelakar ketika perolehan batu ni.. abang dapat Pelagat Laut ini di tepi perairan besut. Ada satu pakcik nelayan tu peratiiii je abang bersila kat situ. Lepas tu dia tanya buat apa tu bang? Abang jawab tak buat apa pakcik, tengah borak dengan bunian kat sini. Terus terdiam pakcik tu garu kepala berlalu pergi hahaha. Kerajaan Gangga Laut ni tuan-puan.. mereka ini sebuah kerajaan yang makmur dan hebat di lautan timur. Kalau ada bunian di gunung ingin melintas laut timur maka bunian tersebut akan membuat permohonan dengan Kerajaan Gangga Laut ni dulu kerana mereka seperti KASTAM LAUT. 

Berbalik pada PELAGAT LAUT ni pulak, ianya memang datang dalam bentuk lonjong sebegitu. Abang tak canai atau apa2, terus ikat dengan cincin. Item ini sangat rareee dan sesuai untuk para kolektor batu cantik dan khasiatnya pun sungguh luarbiasa biiznillah.. Kita pakai barang2 macam ni tauhid kena kuat tuan puan. Barang sebegini ialah asbab saja namun yang mengizinkan tetap ALLAH SWT. Untuk menjaga aura kelebihan pelagat laut ini, jika anda tidak memakaianya maka hendaklah direndam dalam air mutlak. Air mutlak ni air sungai atau air laut. Rendam dalam air sungaiii jeee air laut nanti melekit-lekit pula kan. 


PELAGAT LAUT INI BERMANFAAT DALAM:



KESELAMATAN DI LAUT



PEMOTONG PUTING BELIUNG DI LAUT 
( DIHALAKAN CINCIN INI KE ARAH PUTING BELIUNG TERSEBUT DAN BACAKAN KALIMAT SYAHADAH 3X DALAM SATU NAFAS LALU BAYANGKAN ANDA MEMOTONG BELIUNG TERSEBUT DARI ATAS HINGGA KE BAWAH)



PENGANYER IKAN
(PAKAI TIME MEMANCING IN SHA ALLAH DAPAT BANYAK IKANNN)



PERISAI LAUT DARI SERANGAN SIHIR DAN TUJU2



PENAWAR PENYAKIT MISTERI
(DIRENDAM DAN DIBUAT MANDI SELAMA 3 HARI PADA SETIAP PETANG)


Kod Produk: PL01
Stok: 1 Unit
Size: Size 16 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 175.00
Kos Pos : RM 10

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI







 

No comments:

Post a Comment