BADAR TANAH JAWA SOLD OUT!






Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, jam menunjukkan pukul 10 pagi sekarang ini abang baru saja bangun dan tidurnya hanya 4 jam sahaja. Oleh kerana semalam abang melakukan sedikit ritual dan alang2 tu tunggu subuh terus ler kan. Baik hari ini abang persembahkan pada anda semua perolehan abang dari tanah jawa iaitu BATU BADAR TANAH JAWA. Perolehan abang kali ini ada juga dari Kerajaan Bunian Tanah Seberang. Kerajaan tanah melayu dengan kerajaan tanah seberang sana seperti saudara rapat juga kerana kami dari satu rumpun Nusantara Alhamdulillah. Batu Badar ini adalah pakaian para tentera bunian Tanah Jawa dan auranya sangat kuat sekali superrr. Abang dapat dua jenis batu badar dari mereka, antaranya batu badar di atas yang abang ikatkan dengan cincin dan batu badar RAW iaitu yang belum dicanai lagi panas-panas sebesar tapak tangan abang. Batu Badar Tanah Jawa ini sangat sesuai untuk fighter, penjaga keselamatan, bodyguard dan pengamal ilmu perang kerana badar kali ini agak berbeza dengan badar yang lain.. auranya yang besar dan kuat meliputi tubuh pemilik dari hujung rambut dan hujung kaki. Kalau anda malas nak beramal ilmu kebal.. nah batu badar ini solusinya. Abang tahu ada sesetengah customer tak minat nak beramal, mereka lebih suka pakai barang mistik tanpa amalan. Biasalah tu kadang mereka bukan tak mahu beramal tapi busy dengan kerja, busy dengan kehidupan mengurus keluarga maka mereka mencari barang yang berkualiti untuk menjaga diri mereka yang sama kekuatannya dengan amalan ilmu. Moga kehadiran Blog MGT ini mampu memenuhi keperluan anda in sha ALLAH. 



BATU BADAR TANAH JAWA INI BERFUNGSI SEBAGAI:



KEKEBALAN DIRI DARI SENJATA TAJAM



ANTI PELURU

(KEBAL PELURU DAN SENAPANG ANGIN)



PUKULAN YANG MEMATIKAN 

(AWAS JANGAN BUAT MAIN, PUKULAN BADAR INI MAMPU MEMBUAT MUSUH ANDA MATI ATAU TERKENA LUMPUH TANPA PENAWAR)



MENGUATKAN BADAN DAN SENTIASA BERTENAGA

( PAKAI KENA KULIT ATAU DIRENDAM BADAR INI DIBUAT MANDI)



PERISAI AURA BADAR YANG POWER



Kod Produk: BTJ01
Stok: 1 Unit
Size: Saiz 15
(NO RESIZE, JIKA NAK TUKAR PERAK ALPAKA SILAKAN TAMBAH KOS RM30 YA) 
MAHAR: RM 133.00
Kos Pos: RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI


GELIGA PEDANG API SOLD OUT!








Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi dan abang masih belum tidurrr. Abang update blog awal sikit kerana pada pagi esok abang ada urusan penting di bandar. Biasa jam macam ni abang sedang ritual ler apa lagii geng spiritual memang kurang tidur. Malam bagaikan syurga buat kami untuk kami melantunkan zikir nafas demi nafas. Baiklah sambung pada tujuan utama kita, geliga di atas ialah pemberian dari Kerajaan Gunung Tahan. Geliga Pedang Api ini dihantar oleh seorang panglima Gunung Tahan kepada abang. Geliga ini terkandung 2 bilah PEDANG API ghaib di dalamnya yang sangat tajam dan panjang. Panjang pedang api ini kira-kira sepanjang sebatang lembing di alam kita dan pedang ini berwarna kemerahan menyala-nyala serta dikelilingi api yang sangat marak. Hanya panglima tertinggi saja dalam Kerajaan Gunung Tahan yang berhak menggunakan pedang tersebut dan abang pernah lihat cara pedang api ini bertindak dalam peperangan, pedang api ini akan dilepaskan oleh panglima lalu pedang api ini meluncur ke udara mencabik-cabik dada musuh sehingga mati. Macam tragedi parang terbang 13 mei pun ada tapi ini kisah di alam bunian lerr. 


GELIGA PEDANG API INI BERTINDAK SEBAGAI:



MENGHANCURKAN JIN DAN SIHIR DALAM MASA SEKEJAP DAN SANGAT BERGUNA DALAM PERANG GHOIB MENENTANG DUKUN JAHAT

(DIHALAKAN CINCIN INI DAN NIAT ANDA MELEPASKAN 2 BILAH PEDANG INI KE ARAH JIN TERSEBUT)



PENJAUH GANGGUAN JIN DAN SYAITAN

( KALAU ANAK ANDA PERGI KE DALAM HUTAN ATAU HIKING DI GUNUNG, BERI CINCIN INI KEPADANYA IN SHA ALLAH DIJAMIN TIADA SEBARANG KERASUKAN PADA ANAK ANDA )



PERISAI AURA API YANG SANGAT KUKUH 

(DIRI ANDA AKAN SENTIASA DIKAWAL OLEH 2 BILAH PEDANG API INI, MEREKA AKAN MENGIKUTI ANDA SEBILAH BELAH KIRI DAN SEBILAH LAGI BELAH KANAN)



PEMBISA PUKULAN 

( PEDANG API INI SECARA AUTOMATIK MASUK KE TANGAN ANDA KETIKA ANDA BERPERANG ATAU BERGADUH DAN BISA PEDANG INI AKAN MENYERAP PADA TUMBUKAN ANDA)



MEMBASMI JIN-JIN JAHAT YANG CUBA MENGGANGGU KEDIAMAN ANDA

(AUTOMATIK TANPA DISURUH)



Kod Produk: PA01
Stok: 1 Unit SAHAJA
Size: Saiz 17 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 181.11 
(MAHAR INI TAK BOLEH KURANG KERANA INI MAHAR YANG DIMINTA OLEH K.GUNUNG TAHAN)
Kos Pos: RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI



MUSTIKA BOTA GUNUNG SOLD OUT!







Assalamualaikum dan selamat tengahari semua, jam menunjukkan pukul 12 tengahari dan abang baru pulang dari kedai tukang pi ikat cincin Mustika Bota Gunung ini. Jujurnya abang pertama kali dapat geliga dan khodam jenis ini. Kalau anda tak mau.. abang pakai kat abang je huhu. Jika kita amati gambar di atas, kita akan lihat motif seperti bentuk orang kan? Ya benar.. itulah rupa BOTA GUNUNG yang menjaga geliga ini. Bota Gunung ini ialah jin islam yang wujudnya berupa orang yang bersaiz RAKSASA ataupun kita panggil MAKHLUK GERGASI. Memang besar tuan-puan semua.. ketika geliga ini sampai di tangan abang, abang melihat saiz Bota Gunung ni aishh ada rasanya setinggi rumah 3 Tingkat. Memang sangat besar dan gergasi. Bota Gunung ini ialah penjaga di Kerajaan Panji yang bertempat di Gunung ***** rahsiaaa. Bentuk badan Bota Gunung ini agak sedikit bongkok dan berotot kekar serta bertangan kosong tidak membawa apa2 senjata dan berkulit sawo matang. Si bota ni tak perlu senjata pun sekali tangan dia libas pun boleh hancur lebur jin. Item ini dikategorikan sebagai item HYPER RARE tapi abang maharkan juga hari ini kerana abang ingin memakai sedikit duit untuk selesaikan beberapa urusan. 

Kepada pemilik baru mustika ini ada sedikit nasihat dan syarat dari Kerajaan Panji untuk anda memiliki Mustika Bota Gunung ini iaitu anda hendaklah sentiasa berzikir kalimah "ALLAHUAKHBAR" setiap hari. Sebabnya? tujuan utamanya ialah untuk mencari Redho ALLAH SWT dan seterusnya agar rohani anda sentiasa kuat. Hari ni abang berkongsi sedikit pengetahuan untuk penggunaan khodam jin ya.. untuk anda yang maharkan khodam dari blog abang ataupun dari seller lain, anda seharusnya banyakkan berzikir dan wiridan. Zikir apa yang harus anda lafazkan? Boleh saja zikir apa-apa pun yang penting berzikir seperti Astaghfirullah ke Subhanallah ke ikut je. Kenapa pengguna khodam jin kena berzikir dengan jumlah yang banyak sikit dari orang awam? Perkara inilah ramai seller khodam tak bagitau pada customer.. Zikir yang anda amalkan akan menguatkan rohani dan tenaga dalam anda dan ini akan membuatkan khodam tunduk patuh kepada anda. Kalau pakai khodam tapi zikir kurang.. itulah kadang-kadang khodam kita panggil pun tak datang sebab dorang tau rohani kita lemah. Pemakaian khodam ini hendaklah kita menjadi TUANNYA bukan menjadi HAMBA kepada jin tersebut. Itulah abang pelik.. ada sesetengah customer nak khodam pelik2 tapi takut dengan jin. Nasihat abang kalau takut kat jin lebih baik tak payah pakai khodam. Sia-sia sajaaaa.

Pemilik mustika ini perlu melakukan beberapa tatacara ketika mustika ini sampai iaitu membakar sebatang setanggi atau rokok surya lalu asapkan pada cincin sambil mengucapkan "Assalamualaikum wbt wahai Si Bota Gunung" 3x . Itu saja... cara ini ialah untuk khodam ini kenal akan tuan barunya dan dapat berkhidmat untuk anda tanpa ragu2. Kalau anda kasyaf dan ada rezeki, ketika anda mengasapkan mustika ini dan memberi salam anda akan dapat melihat wujud kehadiran khodam ini dari arah depan in sha Allah. Jika ingin diarahkan maka berikan salam pada bota gunung dan arahkan sesuai hajat anda. Stok dapur ada 1 saja abang simpan tapi stok dapur ni takde motif seperti yang di atas. Abang perolehi 2 Mustika Bota Gunung ini.. ws untuk lihat stok dapur ya.



MUSTIKA SI BOTA GUNUNG INI BERMANFAAT:



KEKUATANNYA SAMA DENGAN KHODAM LEVEL ATAS



KHODAM PENDAMPING YANG KUAT DAN GANAS



BENTENG PERTAHANAN PALING HADAPAN DARI SEBARANG SERANGAN GHAIB DAN NYATA



MEMILIKI ILMU KEKUATAN KEKEBALAN BADAN INSHA ALLAH DENGAN SARANA SI BOTA GUNUNG INI ANDA AKAN MEMILIKI KEKUATAN TUBUH YANG KUAT SECARA SPONTAN DAN AUTOMATIK



MEMPORAK-PERANDAKAN KERAJAAN JIN YANG JAHAT
(DIHALAKAN CINCIN INI KEPADA TEMPAT YANG ANDA RASAKAN BERPUAKA)



MELUMPUHKAN AZIMAT MUSUH ATAU PELARIS KEDAI DENGAN CARA DIHALAKAN MUSTIKA INI DAN ARAHKAN SI BOTA GUNUNG



BANYAK LAGI UNTUK ABANG SENARAIKAN SEBENARNYA, KEKUATANNYA MULTIFUNGSI SESUAI NIAT ANDA


Kod Produk: MBG02
Stok: 1 UNIT SAHAJA
Size: Saiz 18-19 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 650
Kos Pos: RM 10

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI


MUSTIKA PANGERAN ADI BUANA SOLD OUT!









 

Mustika ini ialah pemberian dari PANGERAN ADI BUANA yang merupakan antara pemerintah di tanah jawa. Mustika ini dihantar oleh beliau sendiri ditemani pengawalnya yang menaiki kereta kuda putih ke rumah abang tempohari. Banyak jugak la yang abang bersembang dengan Pangeran ni tapi ada yang abang kurang faham kerana beliau bercakap bahasa jawa kuno sampai abang mintak beliau bercakap dengan bahasa jawa biasa baru abang faham huhu. Mungkin selepas ini banyak barang bunian dari tanah seberang pula di blog MGT ni in sha Allah. Pangeran Adi Buana ini kurus je orangnya, berkulit putih dan berwajah tirus ada jawline.. handsome macam abang hahaha. Walaupun beliau orangnya kurus namun kewibawaannya sebagai pemimpin tampak terserlah. Beliau mempunyai dua bilah kujang terselit di pinggang kiri dan kanannya. Anda tahu kujang? Kujang ni merupakan salah satu senjata para raja di tanah seberang. Try la search kat google senjata kujang tu. Pangeran Adi Buana juga ada memberi sebuah amalan beliau kepada abang dan beliau berkata amalan ini khusus hanya untuk pemilik mustika ini sahaja. Kata beliau, amalan ini ialah amalan kesayangan beliau dan berkat amalan ini juga beliau peroleh pelbagai kemenangan baik di medan perang atau apa sekalipun. Oleh yang demikian abang tak dapat berkongsi amalan tersebut di blog kerana ini merupakan amanah yang harus abang sampaikan kepada pemilik mustika ini sahaja. Amalan dia simple je.. dua kalimat pendek yang dijadikan wirid harian anda kelak in sha Allah. 


Dan satu perkara yang ingin abang maklumkan bahawa waktu kemasukan item di blog akan bertambah iaitu pada pukul 1 tengahari dan pukul 4 petang. Penukaran waktu ini akan bermula pada 1/9 ini ya disebabkan abang dah ada staff so boleh la masuk barang banyak sikit di blog kan.


MUSTIKA PANGERAN ADI BUANA INI MEMPUNYAI KELEBIHAN:



MEMANCARKAN PESONA AURA GHAIB DAN KEWIBAWAAN TINGKAT TINGGI SEHINGGA DIMULIAKAN OLEH SEKALIAN MAKHLUK



URUSAN PENGARUH DAN KEKUASAAN NO 1



KEMENANGAN DALAM URUSAN KEDUNIAAN

( MENANG TENDER ATAU APA JUA URUSAN DUNIA IN SHA ALLAH)



KEMENANGAN DI MEDAN PEPERANGAN



TERJAGA DARI SERANGAN MUSUH YANG ZALIM BAIK SECARA GHAIB ATAUPUN NYATA



ANDA PAKAI DAN RASAKAN SENDIRI IN SHA ALLAH DIJAMIN PUAS HATI



Kod Produk: PAB01
Stok: 1 Unit (ADA STOK DAPUR)
Size: Saiz 17 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 170.00
Kos Pos: RM 10

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI




GELIGA SI BUTA SOLD OUT!





Nahh geliga si buta datang lagi namun dalam bentuk geliga yang berbeza.. baru dapat 2 hari lepas dan Si Buta tersebut sedang berkeliaran menjaga rumah abang. Kalau anda maharkan, dorang dah takde dah jaga rumah abang huhu dorang ikut anda lah pulak. Stok dapur ada 1 saja sebagai simpanan, apa2 ws na

Assalamualaikum semua dan selamat tengahari, moga semua dalam keadaan baik-baik saja ya. Geliga ini ialah perolehan abang dari Ritual Memanggil 7 Khodam tempohari. Ritual penyediaan khodam untuk pemahar program pengisian khodam tu tapi Alam Jin juga memberi abang beberapa geliga yang sudah berkhodam ketika kami berurusan. Abang namakan geliga ini Si Buta Berlembing kerana khodam yang berada dalam geliga ini seorang pakcik tua yang buta membawa lembing di tangan kanannya. Unik kan? Abang pertama kali dapat khodam jenis ini. Si Buta Berlembing ini seorang Hulubalang di usia mudanya namun matanya dibutakan oleh musuh tapi kehebatan dia berpencak masih handal. Walau beliau seorang yang buta namun "mata rasa" beliau masih berfungsi. 

Kaedah memakai geliga berkhodam ini? Juga sama dengan kaedah Dilema Siluman Buaya putih ya tuan-puan. Pemilik cincin ini perlu melakukan beberapa tatacara ketika cincin ini sampai iaitu membakar sebatang setanggi atau rokok surya lalu asapkan pada cincin sambil mengucapkan "Assalamualaikum wbt wahai Sibuta Berlembing" 3x . Itu saja... cara ini ialah untuk khodam ini kenal akan tuan barunya dan dapat berkhidmat untuk anda tanpa ragu2. Sekali buat saja seumur hidup tatacara tuuu lepas tu takde dahhh, pakai je cincin ni macam biasa. Kalau anda kasyaf dan ada rezeki, ketika anda mengasapkan cincin ini dan memberi salam anda akan dapat melihat wujud kehadiran khodam ini dari arah depan in sha Allah. 



GELIGA SI BUTA BERLEMBING INI BERFUNGSI SEBAGAI:



PEMBISA PUKULAN SEPERTI SEBILAH LEMBING (MUSUH MERASAI PUKULAN YANG SANGAT TAJAM DAN BERBISA)



PENAJAM GERAK RASA (FIRASAT)



KELINCAHAN KAKI TANGAN 



PEMAGARAN DARI SERANGAN HALUS (SIBUTA BERLEMBING INI AKAN MELINDUNGI PEMILIK MELALUI LEMBINGNYA)



PENUNDUK MUSUH



SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH SWT. YAKINLAH PADA ALLAH NESCAYA ALLAH TAALA AKAN MEMBANTU KAMU




Kod Produk: SBL02
Stok: 1 Unit (ADA STOK DAPUR)
Size: Saiz 18-19 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 150.00
Kos Pos: RM 10

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI


 

PENGUMUMAN & PENAMBAHBAIKAN

Selamat pagi semua dan salam ahad, anda semua cuti ke hari ni? Abang sedang bersiap untuk ke hospital, menghantar mak abang jumpa dr disebabkan mak abang kurang sihat dari semalam. Di kampung ini hanya abang satu-satu anaknya yang ada kerana adik-beradik abang yang lain semua bekerja di luar negeri. Di kesempatan ini juga abang ingin memberitahu anda semua bahawa pada bulan 9 ini abang akan mengambil satu orang staff untuk membantu abang dalam perniagaan MGT in sha Allah. Staff abang ni pun bukan orang lain, anak murid abang juga. Abang mengambil staff bertujuan untuk melancarkan urusan blog dan pengeposan kepada pelanggan, abang pun boleh la tumpukan 100% kepada ritual. Tak payah pening dah nak ke situ ke sini kan. Oleh yang demikian, segala urusan pengeposan item dan lain lain akan diuruskan oleh staff abang dengan lebih pantas Alhamdulillah. 

Pada bulan 9 juga abang akan melakukan penambahbaikan di blog dari segi item dan produk baru. Boleh abang tahu customer dan pengunjung di blog MGT ini ramai ke yang berniaga? Kalau ramai, abang ingin sediakan Khidmat Air Pelaris. Moga dapat membantu memajukan perniagaan anda. Baiklah abang undur diri dulu ya.. Assalamualaikum dan terima kasih 

GELIGA PENGHULU ADAM (SOLD OUT)








Penghulu Adam merupakan antara penghulu kampung dalam jajahan Gunung Tebu. Beliau merupakan antara penghulu yang baik dengan abang.. dan ini beliau hadiahkan untuk abang Geliga Penghulu Adam. Hmmm abang megat ni asyik barang dari Gunung Tebu jee.. huhu perolehan barang abang memang banyak dari Gunung Tebu sebab tu Tok Mat Gb gelarkan abang dengan Megat Gunung Tebu. Ada je perolehan dari kerajaan lain tuan-puan cuma satu persatu abang akan update dari masa ke semasa ya. Abang sekarang membina jalinan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan lain... in sha Allah akan ada banyak lagi barang coming soon yang paduuuuiii.

Ok sambung pasal Penghulu Adam ni.. Beliau ni baik orangnya, sentiasa membawa tasbih kecil di tangan kanan. Gemar berzikir.. antara zikir kesukaannya ialah " Hasbunallahu wanikmal wakil ". Ketika beliau hadir ke rumah abang untuk memberikan geliga ini, beliau datang dengan 2 orang juaknya yang sorang membawa lembing dan sorang lagi membawa parang panjang. Tau tak JUAK tu apa? Juak ni bahasa orang lama.. bahasa moden kita kata "ORANG KANAN". Geliga ni abang dah siap ikatkan dengan perak alpaka.. design pun cantik kan cincin ni?



GELIGA PENGHULU ADAM INI IALAH IKTHIAR ASBAB BAGI:



AURA KEPIMPINAN YANG TINGGI 
(SESUAI UNTUK KETUA, BOSS ATAU YANG BERCITA-CITA INGIN MENJADI KETUA)



PENUNDUK SETEMPAT



MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI AMPUH (PAKAI DAN BANYAKKAN BERZIKIR HASBUNALLAHU WANIKMAL WAKIL)




Kod Produk: GPA01
Stok: 1 Unit
Size: SAIZ 19-20 (BOLEH RESIZE) 
MAHAR: RM 100 PROMO
Kos Pos: RM 10
Kos Jika Ingin Resize: RM 10 (UPAH TUKANG)

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI

 

PENGIJAZAHAN ILMU HARIMAU KUMBANG


Assalamualaikum dan salam bahagia, Alhamdulillah pada hari jumaat yang penuh barokah ini abang berpeluang membuka PENGIJAZAHAN ILMU HARIMAU KUMBANG di MGT. Satu ilmu yang sangat langka dan kuno, ilmu ini merupakan pakaian peribadi abang sendiri dalam hal peperangan dan proteksi diri abang. Ilmu ini dikenali sebagai Ilmu Harimau Kumbang ataupun Isim Harimau Kumbang. Ianya tergolong dalam Ilmu Kanuragan Tingkat Tinggi di mana pengamal ilmu ini akan mempunyai Kesaktian Harimau Kumbang yang luar biasa dengan izin Allah Tuhan yang Maha Berkuasa. Ilmu ini hanya mempunyai 3 kalimat pendek yang perlu dihafal dan diamalkan, abang yakin dalam masa 3 minit anda dah boleh hafal kalimatnya.. yakinnn sangaatt. Sebuah ilmu yang mempunyai bacaan yang pendek namun kesaktiannya tingkat tinggi dan super. IHK ini merupakan ilmu warisan pejuang tanah seberang yang digunakan dalam peperangan menantang penjajah inggeris. Pengamal ilmu ini akan dijaga oleh KHODAM HARIMAU KUMBANG yang gagah perkasa dan ketika anda amalkan ilmu ini in sha Allah anda akan merasakan kehadiran harimau-harimau kumbang lalu lalang di belakang atau di depan anda. Ilmu ini perlu diamalkan selama 7 malam berturut-turut dan jika tertinggal, anda wajib mengulangnya bermula hari pertama balik. Siapa saja yang boleh pelajari ilmu ini? Sesiapa saja.. baik muslim atau non muslim semuanya boleh amalkan kerana ilmu ini berasaskan "ilmu usul" harimau kumbang sahaja. 


Keilmuan di atas diijazahkan hanya melalui segelas air tanpa perlu kirim sebarang pil. Anda ambil gambar segelas air dan hantar pada abang melalui ws, abang akan ritualkan dari jauh lalu anda minum. Pengijazahan selesai.. keilmuan akan diberi dalam bentuk pdf. Abang tengah siapkan pdf keilmuan lagi ni doakan urusan abang dipermudahkan ya. Pada yang mengambil ijazah kelak harap anda bersabar ya, abang akan ijazahkan mengikut turutan. Ini saja ikhtiar abang untuk membantu masyarakat agar mereka mempunyai ilmu menghadapi peperangan dan serangan ghaib. 


ADAPUN KEILMUAN HARIMAU KUMBANG INI BERKELEBIHAN KHUSUS:



TAHAN SEGALA SERANGAN SENJATA TAJAM DAN SENJATA API
( BOLEH DICUBA JIKA SUDAH JAZAM AMALAN INI 44 HARI )



KETIKA ADA ORANG LAIN YANG MEMPUNYAI NIAT BURUK, MENGHANTAR SIHIR ATAU SANTAU KEPADA PENGAMAL IHK MAKA KHODAM HARIMAU KUMBANG INI AKAN LANGSUNG MENYERANG ORANG TERSEBUT TANPA PERLU DIPERINTAH 
( PENUMBAL TINGKAT TINGGI )



BILA DIAMALKAN SECARA ISTIQOMAH ILMU INI KEKEBALANNYA AKAN SAMPAI KE PERINGKAT ANTI CUKUR IAITU BULU PUN TAK PUTUS
(KEBAL TINGKAT TINGGI)



DALAM KEADAAN BIASA KULIT ANDA TETAP BOLEH TERLUKA TETAPI JIKA DINIATKAN UNTUK UJICUBA IHK ATAU ANDA MEMBACA KALIMAT KHUSUS TERSEBUT DALAM SITUASI YANG DARURAT, IN SHA ALLAH SENJATA TAJAM ATAU PELURU TAK MAMPU MELUKAI DIRI ANDA. 



JIKA DALAM KEADAAN TERDESAK ATAU DIKEPUNG, PENGAMAL IHK INI MAMPU MERUBAH WUJUDNYA JADI HARIMAU KUMBANG. INI BUKAN BERMAKNA ANDA BERTUKAR JADI HARIMAU JADIAN TUUU. HANYA PADA PANDANGAN MUSUH SAHAJA ANDA BERWUJUD HARIMAU KUMBANG SEHINGGA MUSUH GEMENTAR DAN KETAKUTAN WALAUPUN SEBENARNYA ITU HANYALAH ILUSI YANG DIHANTAR OLEH KHODAM IHK INI 
(MALIH RUPA) 



PENGAMAL IHK INI JUGA BOLEH MELARIKAN DIRI DENGAN CEPAT DAN PANTAS BAGAI SEEKOR HARIMAU KUMBANG YANG TANGKAS SEHINGGA MUSUH TAK DAPAT MENGESAN JEJAK KITA DAN TIDAK NAMPAK AKAN DIRI KITA 
(KELAJUAN DAN HALIMUNAN)



KHODAM IHK INI JUGA BOLEH DIPERINTAHKAN UNTUK MENJAGA KEBUN, RUMAH DAN LAIN LAIN HANYA DENGAN MEMBACA KALIMAT KHUSUSNYA DAN PERINTAHKAN KEPADA MEREKA
( ILMU INI YANG ABANG GUNAKAN UNTUK MENJAGA KEDIAMAN ABANG)


DAN BANYAK LAGI YANG ANDA AKAN RASAKAN IN SHA ALLAH



GUNAKANLAH ILMU INI DIJALAN KEBENARAN, JIKA ANDA MENGGUNAKANNYA DI JALAN KEJAHATAN MAKA ITU URUSAN ANDA DENGAN ALLAH SWT.




Kod Keilmuan: IHK
MAHAR KEILMUAN: RM 250.00
Mahar ini ialah kadar yuran anda berikan pada abang untuk mempelajari ilmu yang tak ternilai harganya. Duit bukan menjual ilmu tetapi pada menyatakan kesungguhan anda ingin belajar.

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI














 

MANI GAJAH BENDAHARA SOLD OUT






Mani Gajah kali ini ialah pakaian Bendahara Wan Jaafar yang bertugas sebagai bendahara dalam Kerajaan Gunung Stong. Beliau berkata mani gajah ini adalah warisan keturunan bendahara dan beliau memberikan pada abang sebagai tanda persahabatan antara kami. Abang kenal Bendahara Wan Jaafar ni dah 2 tahun.. kami bertemu disebabkan pernah ada urusan dengan Kerajaan Gunung Stong dan beliau menjadi wakil kerajaan tersebut. Bendahara Wan Jaafar ni kurus saja orangnya tapi mempunyai akal yang bijaksana dan juga mempunyai isteri yang ramai huhu abang tengok Wan Jaafar ni teringat kat Tok Mat Gb hahaha. Abang dah siap ikatkan mani gajah ini dengan perak alpaka.. silakan tuan-puan semua.  Khasiat dan aura mani gajah ini agak luar biasa dari yang sebelum ini.


MANI GAJAH BENDAHARA INI BERFUNGSI SEBAGAI:



AURA PENGASIHAN YANG KUAT



MENYELAMATKAN RUMAH TANGGA YANG RETAK MENUNGGU BELAH
(PAKAI KETIKA BERSAMA)



MENAUTKAN KASIH SAYANG ANTARA SATU SAMA LAIN



PELARISAN DIRI
(DIRENDAM DAN DIBUAT MANDI PADA WAKTU SUBUH)



PELARISAN NIAGA
(DIRENDAM DAN DISIRAM DI KELILING KEDAI)



PENYERI WAJAH SUPER
(SESUAI PADA MUKA YANG KELIHATAN USANG DAN KURANG BERSERI)


Kod Produk: MGB01
Stok: 1 Unit SAHAJA
MAHAR: RM 130.00
Kos Pos: RM 10

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI



 

GELIGA GEMBALA HUTAN SOLD OUT!






Assalamualaikum semua, apa khabar? Hari ini abang nak letgo item pakaian abang sendiri iaitu GELIGA GEMBALA HUTAN dari Kerajaan Gunung Tebu. Tau apa itu Gembala Hutan? Gembala Hutan ini ialah jin islam yang diamanahkan oleh Raja Gunung Tebu untuk menjaga Hutan Gunung Tebu dari sebarang perkara yang tak elok berlaku. Gembala Hutan bermaksud Penguasa Hutan. Pernah dengar kisah orang masuk berzina dalam hutan tiba2 kote terlekat kat dalam tak boleh keluar? Atau masuk memuja kat situ tiba2 pokok tumbang atas badan mereka dan mati terus. Haa tu semua kerja Gembala Hutan yang ditugaskan oleh Raja Bunian kawasan tersebut untuk menjaga kesucian kota mereka. Gembala Hutan ini pula ada dua golongan iaitu ada dari jin islam yang bertugas dengan bunian dan jin kafir yang membantu geng2 pemujaan. Maknanya ada yang jahat dan ada yang baik la na. Biasa la tu.. dalam hutan bukan ada bunian je, jin kafir pun ada. 

Geliga pemberian Gembala Hutan ini mempunyai 2 khodam jin islam yang memakai baju hijau yang tak berlengan dan berseluar hitam serta ada sebilah golok di pinggang kirinya. Nanti abang cuba cari gambar yang agak sama dengan pakaian khodam tu ya. Kedua jin islam ini ialah pembantu kepada Gembala Hutan tersebut menjaga Hutan Gunung Tebu. Abang dulu tanya dia dah kalau bagi khodam ini, siapa nak bantu kau buat kerja? Gembala ini jawab tak apa.. anak buah dia masih ramai katanya. Lagipun 2 khodam ini pun mintak nak berbakti pada manusia pulak. Moga bermanfaat la buat tuan baru geliga ini ya. Dan untuk pengetahuan anda semua, 2 khodam inilah yang selama ini menjaga dan mengekori abang ketika abang masuk ke hutan. Sebab tu kadang-kadang orang scan abang dia akan nampak seperti 2 orang panglima berdiri depan abang, dorang la tu hahaha. Khodam jenis ini anda tak perlu seru atau asapkan, pakai saja geliga ini dan 2 khodam ini akan jalankan tanggungjawab mereka. 


HAA JUMPA PUN YANG HAMPIR SAMA CUMA KHODAM GEMBALA INI BERPAKAIAN HIJAU YA DAN TAK MEMAKAI RANTAI KALUNG MACAM TU DAN TAK MEMPUNYAI IKATAN KEPALA




GELIGA GEMBALA HUTAN INI BERKHASIAT:



KESELAMATAN DI HUTAN



MENGHANCURKAN SIHIR DI SESEBUAH KAWASAN SEPERTI RUMAH PESAKIT ANDA

( HALAKAN CINCIN INI KE ARAH KAWASAN TERSEBUT DALAM 3 MINIT DAN MEREKA AKAN JALANKAN TUGAS)



MENGHANCURKAN JIN JAHAT YANG CUBA MENDEKATI PEMILIK

( 2 KHODAM NI KAKI PERANG SO JANGAN RISAU )



DIGERUNI PENUNGGU HUTAN  



PENDINDING DIRI ZAHIR DAN BATIN 



PENJAGA KESELAMATAN PEMILIK

(BODYGUARD GHAIB YANG SUPERR)


KALAU NAK JUMPA 2 KHODAM INI SILAKAN LETAK CINCIN DI BAWAH BANTAL DAN TIDUR. NANTI MEREKA AKAN MASUK DALAM MIMPI ANDA


Kod Produk: GH01
Stok: 1 Unit SAHAJA
Size: SAIZ 21
MAHAR: RM 200 
Kos Pos: RM 10

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI








KERIS RAJA ISMAIL SOLD OUT!










Assalamualaikum semua dan selamat malam, keris ini ialah Keris Kebesaran Raja Ismail yang sentiasa tersisip di pinggangnya. Raja Ismail siapa ingat lagi? Seorang raja yang memerintah Kerajaan Pangkar Rewa. Hulu keris ini sebelum dizahirkan ke alam dunia, ianya diperbuat dari perak tapi selepas dizahirkan bertukar jadi macam batu pun ada yang berkilat. Begitulah resam penarikan dari alam bunian, jika di sana emas maka disini akan bertukar menjadi tembaga. Hal ini kerana tekanan ketika perubahan masa dari alam sana ke alam dunia yang membuatkan struktur barang berubah. 

Keris Raja Ismail ini sangat banyak manfaatnya dalam hal peperangan dan kekuasaan. Barang dari sultan kann memang lebih kepada itulah khasiatnya. Abang harap anda dapat memanfaatkan kelebihan keris ini ke jalan yang benar ya. Jika diperhatikan pada keris ini anda akan lihat rajahan seperti lebah yang bersatu dengan sekuntum bunga. Ya itulah rajahan untuk kekuasaan dan kemakmuran Kerajaan Pangkar Rewa. Abang maharkan pada mahar terbaik untuk anda silakannn.



KERIS RAJA ISMAIL INI BERKELEBIHAN SEBAGAI:



DAYA WIBAWA SEORANG RAJA



PENJAGA KEDUDUKAN
(MUSUH TIDAK AKAN DAPAT JATUHKAN ANDA DALAM SOAL PERNIAGAAN ATAU APA SAJA URUSAN PEKERJAAN)



SARANA KEMAKMURAN RUMAH DAN KELUARGA



MEMBENTENGI DIRI ANDA DARI NIAT JAHAT SESEORANG



MEMBERIKAN ENERGI PENAKLUK UNTUK MENAKLUKAN MUSUH DAN LAWAN 



PENGARUH KEKUASAAN SUPER DAHSYAT



KEBAL DARI SEGALA SERANGAN GHAIB ATAUPUN SERANGAN ZAHIR



KEHEBATAN DI MEDAN PEPERANGAN
(INI YANG DIBERITAHU OLEH RAJA ISMAIL, KEHEBATAN DARI SEGI APA ABANG TANYA. BELIAU KATA RAHSIA PULAK ADOIII)



DISEGANI ORANG BUNIAN DAN JIN
(TRY BAWAK MASUK HUTAN ATAU MANA2 YANG ADA BUNIAN, CONFIRM RASA MACAM ADA ORANG TEGUR ATAUPUN MEMBERI SALAM)



BANYAK LAGI KHASIATNYA YANG DICERITAKAN OLEH RAJA ISMAIL CUMA ABANG TAK INGAT SEMUA NYANYUKK DAAA


Kod Produk: KRI01
Stok: 1 Unit SAHAJA
MAHAR: RM 700 (BOLEH NEGO)
Kos Pos: RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI