HARGA SEBUAH KEPERCAYAAN


TESTIMONI DARI PENGAMAL ILMU MALIKUL KHOMSI 


Assalamualaikum dan salam bahagia semua, salam jumaat yang penuh berkah. 2-3 hari ini abang agak sibuk dengan pengijazahan Malikul Khomsi dan Mantra Empat Raja Jin Alhamdulillah dapat sambutan ramai juga di blog ni. Abang baru sedar yang pengunjung di blog abang ni sangat meminati ilmu hikmah dan bukan saja minat barang mistik bagus bagus. Ini yang kita mahu iaitu lahirkan lebih ramai lagi ahli hikmah di dunia supaya ilmu-ilmu ini tak hanyut ditelan zaman. Di atas ialah pengalaman pengamal-pengamal yang mempelajari Malikul Khomsi dengan abang Alhamdulillah abang sangat bersyukur dan moga ilmu tersebut terus bermanfaat kepada mereka sehingga ke akhir hayat. Ada orang tanya kenapa abang ijazahkan ilmu-ilmu kuno seperti ini dengan mahar yang murah? Tiada kualiti ke? sebab tengok perguruan lain kalau ilmu bab malaikat atau jin ni paling-paling kurang mereka letakkan kadar yuran fidyah RM 500 ke atas.

Meh sini abang jawab, niat abang mengajar ilmu ini ialah untuk membantu anda semua memperbaiki ekonomi yang kita sedia tahu bahawa ekonomi sekarang sangat terjejas teruk jatuh merundum akibat bahana covid-19 maka kenapa abang kena tekan lagi dengan mahar yang mahal? Sedangkan kita pun tahu bahawa orang sekarang hampir semua tak banyak duit. Sebab itulah kadar fidyah di Perguruan Megat Gunung Tebu ini mampu milik untuk semua golongan. Soal kualiti ilmu pula jangan risau jika anda pelajari dengan abang megat kerana kualiti ilmu memang abang jaga dari dulu lagi. Dari mula-mula abang membuka Perguruan Megat Gunung Tebu secara offline lagi memang kualiti ilmu dan kemujaraban ilmu menjadi keutamaan kerana dari situlah lahirnya sebuah kepercayaan murid kepada kita dan  KEPERCAYAAN SESEORANG ITU SANGAT PENTING. Semua urusniaga atau apa saja urusan di dunia ini bermula dengan SEBUAH KEPERCAYAAN. Berapa banyak murid abang yang dulunya sering ditipu oleh guru-guru kebatinan SCAMMER yang hanya nak duit murid saja, ilmu amal langsung tak jadi rupanya kerana tiada sanad dan hanya ilmu rekaan semata-mata. Selepas mereka menyertai perguruan abang baru mereka dapat merasakan sendiri kehebatan ilmu hikmah yang sebenar.

Anda beruntung kerana semuanya sudah dihidangkan di depan mata, ilmu yang diijazahkan abang hantar melalui pdf dan anda terus boleh amal. Anda hanya perlu melakukan pembayaran yuran ilmu dan ilmu terus sampai di ws anda manakala abang pula nak mendapatkan sesebuah ilmu dulu sangat perit. Pengalaman nak mendapatkan kemujaraban ilmu pula juga sangat mengerikan sampai harus masuk di gua, gunung dan pendalaman untuk melakukan kholwat ilmu. Gua yang dikelilingi hutan, haiwan buas dan kurangnya bekalan air.. kadang 2 hari tak mandi dan ambil wudhuk dengan tayammun saja. Kalau bersuluk di tepi sungai tak apa.. sumber air senang. Itu semua demi sebuah ilmu yang mujarab dan bukan hanya sekadar tulisan di kitab. 


Selepas ini akan masuk beberapa lagi ilmu di blog in sha Allah abang sedang siapkan pdfnya. Ilmu akan masuk berdasarkan tajuk:


1. Ilmu Sugih Kekayaan

2. Ilmu Kesaktian 

3. Ilmu Multifungsi

4. Ilmu Perubatan 

5. Ilmu Pengasihan

6. Ilmu Prewangan (Aliran Khodam)

7. Ilmu Pembinasa Musuh 





8 comments:

  1. Alhamdu lillah. Ya betul bang man setuju dgn abang megat. Dapat membantu ekonomi. Tidak seperti sesetengah tempat. Dah la keras maharnya tak bimbing pulak..bila di tanya. guru tu seakan akan melenting .seperti tak ikhlas.
    tak mahu anggap orang yang belajar Dan ambil ijazah dari nya itu sebagai murid.
    . hanya tau pulun duit mahar sahaja.

    ReplyDelete
  2. Mantop abg megat..semoga dipermudahkan urusan & berada dlm perlindungan Allah swt sentiasa

    Abg megat..isim rimau panglima awang sekali yaa.. Hehe 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. ILMU HARIMAU AKAN DIKELUARKAN TAK LAMA LAGI

      Delete
    2. Mantap abg megat..i luv u lahhhh 😂😄

      Delete
  3. As salam..keilmuan yang diijazahkan peringkat murid atau guru dll Tuan

    ReplyDelete